Tuesday, 15 November 2011

Satu Rasa Cinta 4,5,6

Bab4
            Shahrul meletakkan begnya di tepi katil dan terus menghenyakkan tubuhnya untuk melepaskan lelah. Seminggu di rumah Hyemi baginya belum cukup memuaskan. Kalau boleh dia mahu berada di sana lebih lama lagi. Tapi memandangkan mamanya sudah memanggil pulang,terpaksalah dia pulang juga. Sebelum bertolak balik tadi ibu membekalkannya banyak makanan dan kuih muih. Ingatnya tadi dia mahu berhenti di tepi jalan dan makan, tapi tidak jadi kerana dia fikir mahu memberi mama, papa, dan adiknya rasa. Lidah mereka semua dah biasa makanan western sekali sekala bagi mereka makan makanan kampung apa salahnya. Mama juga jarang masak macam ibu masak. Kadang-kadang keluar makan di luar kerana mama malas nak masak. Makan di luar pun bukan makan di gerai-gerai tepi jalan, Tapi makan di hotel. Entah berapa jumlah duit yang telah mereka habiskan hanya untuk makan sahaja. Dulu pun dia tak biasa sangat nak makan benda lain  selain western. Sejak mengenali Hyemi dia mula mendekatkan diri dengan makanan selain western. Lagi sedap rasanya. Kalau tak dipaksa Hyemi tak adanya dia cuba makanan kampung ni. Tapi Hyemi selalu marah. Katanya ini bukan makanan kampung. Semua orang di Bandar pun masak makanan sebegitu, cuma orang-orang kaya saja yang sombong dan berlagak tidak mahu makan makanan sebegini. Low class. Jatuh standard makan macam ini. Bergaduh jugalah dia dan Hyemi mengenai hal sekecil ini. Makanan pun nak dikelahikan. Mengalahkan budak kecil. Shahrul marah sebab dia terasa Hyemi mengatanya sombong dan berlagak. Rasa nak cubit saja mulut Hyemi. Tapi lama kelamaan dia sedar hakikat itu. Pernah dia meminta mamanya masak  lemak cili api. Malangnya, mama kata itu bukan taste untuk orang seperti mereka. Kecewa jugalah masa itu sebab kata-kata Hyemi terbukti. Terpaksalah dia menerima hakikat yang orang kaya ni berlagak dan sombong. Pahit betul kenyataan itu.
            Setelah agak lama berehat dan tanpa sedar tertidur, Shahrul bangun dan turun ke bawah dengan membawa makanan yang dibekalkan ibu dari kampung. Dalam hati dia berharap mama,papa dan adiknya mahu menjamah makanan ini. Dia pun tak sabar nak makan. Bau ikan keli masak lemak campur rebung, sayur kangkung goreng dan ikan talapia bakar menyucuk-nyucuk hidungnya. Hampir nak terliur. Papa dengan mama tengah menonton tv di ruang tamu. Adiknya pula ada di dalam bilik.Sekarang baru pukul dua belas tengah hari. Waktu yang sesuai makan. Dia terus ke dapur dan memanaskan semua lauk. Perik nasi di buka untuk dilihat sama ada nasi atau tidak. Tapi kalau dia tidak buka pun dia tahu periuk itu kosong. Cuma ingin memastikan kalau-kalau mama tiba-tiba mengigau menanak nasi.
            “ Awak masak ke?” Dato’ Azman bertanya kepada isterinya yang asyik menonton berita.
            “ Taklah.” Sepatah saja jawapan yang diberi Datin Dania. Tumpuannya kepada tv di depan mata. Dato’ Azman sudah hairan. Dari mana pulak datangnya bau yang sedap ini? Isterinya memang tidak masak hari ini. Awal-awal lagi isterinya sudah kata mahu makan di luar.
            “ Mama masak ke?” Tanya Amanda. Dari dalam bilik dia menghidu bau makanan. Dia fikir juga mamanya sedang memasak.
            “ Taklah. Kenapa abang dengan Amy tanya benda sama ni?” Datin Dania hairan dengan suami dan anak perempuannya bertanya soalan yang sama.
            “ Awak tak bau ke?”
            “ Bau apa?” Datin Dania tidak faham. Tiada bau apa-apa pun yang menyapa hidungnya. Amanda terus menuju ke dapur untuk melihat siapa yang memasak. Hari Ahad orang gaji memang tidak ada. Jadi memang pelik kalau ada orang yang masak. Dato’ Azman membontoti Amanda dari belakang kerana dia juga ingin tahu. Datin Dania pula malas nak ambil tahu. Dia kembali menonton berita.
            “ Abang?” Amanda memanggil Shahrul yang ketika itu sedang memasukkan lauk ke dalam mangkuk. Dia memandang Amanda dan Dato’ Azman sekilas dan senyum. Pasti bau makanan ini menganggu hidung mereka.
            “ Jom makan. Makanan sedap ni. Rugi kalau tak makan.” Pelawa Shahrul sambil meletakkan semua lauk di atas meja. Kuih muih yang ada diletakkan dalam pinggan. Papa dan adiknya hanya memerhatikan apa yang dilakukannya dan memandang sesama sendiri.
              Mana Shah dapat semua makanan ni?” Soal Dato’ Azman ingin tahu. Amanda mengangguk-angguk kepala. Shahrul menarik senyum. Dia dah mengagak soalan itu yang akan ditanya.
            “ Mak angkat Shah yang bagi. Janganlah tercegat aje kat situ mehla makan. Sedap ni.” Shahrul sudah duduk dan tidak sabar untuk makan. Sikit masa lagi air liurnya akan keluar. Melihat papa dan adiknya tidak bergerak, dia bangun dan menarik mereka duduk. Amanda dan Dato’ Azman macam kena pukau ikut saja Shahrul. Shahrul menyenduk nasi yang baru masak untuk papa dan adiknya. Dia juga menyendukkan lauk untuk mereka berdua.
            “ Cepatlah rasa. Sedap.” Gesa Shahrul. Amanda dan Dato’ Azman berpandangan dan mengangguk sesama sendiri. Shahrul lihat mereka menelan air liur sebelum menyupa nasi ke dalam mulut. Lama mereka terdiam setelah menelan makanan itu. Shahrul setia menunggu reaksi mereka.
              This is to delicious. The taste is so amazing.” Kata Dato’ Azman. Shahrul puas mendengarnya. Dia duduk dan mengambil nasi dan lauk dan terus makan. Amanda juga begitu. Pertama kali lidah dia makan makanan yang sedap sebegini. Makanan yang tak pernah dia makan sepanjang lapan belas tahun dia hidup di muka bumi ini. Kepalanya tak diangkat langsung. Shahrul gembira papa dan adiknya menerima baik makanan itu. Cuma mama yang belum rasa semua ini.
            “ Nia! Nia! Datanglah dapur. Ada makanan sedap ni!” Dato’ Azman separuh menjerit memanggil isterinya. Tidak lama selepas itu Datin Dania masuk ke dapur. Terkejut dia melihat suami dan anak-anaknya sedang mejamu selera. Buakn itu saj mereka jaga makan makanan yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini.
            “ What’s going on here?” Datin Dania tidak puas hati.
            “ Makanlah sekali ma. Sedap ni. Mak angkat abang yang bagi…” Kata Amanda dan terus menyambung makan.
            “ What? Mak angkat?” Datin Dania  tidak percaya. Dia memandang Shahrul sambil tersengih.
            “ Explain.”
            “ Mak kawan Shah mak angkat Shah. Sebelum Shah nak balik tadi dia bekalkan semua ni kat Shah. Ma makan lah. You haven’t tried this yet right…” Shahul cuba memujuk mamanya untuk rasa makanan yang tersedia di atas meja. Dia mahu ibunya rasa makanan yang selama ini mamanya tidak pernah pandang. Padahal makanan ini lebih sedap kalau nak dibandingkan dengan makanan yang mereka makan di hotel selama ini.
            “ No. This is not right. Can’t you all please stop eating?” Arah Datin Dania. Tapi semua orang tetap tidak mahu berhenti makan. Geram sungguh dia melihatnya.
            “ Ma…” Shahrul tetap memujuk. Dia puas hati walau sekali mamaya menyuap masuk makanan ini. Dia hanya mahu mamanya menikmati betapa nikmatnya jika makanan ini masuk ke dalam perut.
            “ No I won’t eat this. Abang pun tak nak berhenti ke? Tadi saya dah cakap nak makan kat luar kan..” Dato’ Azman menggeleng kepala. Selama ini pun dia memang teringin nak makan macam ni.
            “ Saya nak makan kat sini je. Lagi sedap dari makan kat hotel plus jimat. Awak pun makanlah. Tak elok tolak rezeki.”  Kata Dato’ Azman tanpa menganggkat wajahnya. Penangan makanan itu mungkin.
            “ Ergh… I can’t believe this.” Datin Dania tidak tahu mahu kata apa lagi. Dia meninggalkan mereka dengan hati yang geram. Dia terus masuk ke dalam bilik. Shahrul sedikit kecewa degan mamanya. Dia berhenti makan. Sampai hati mamanya langsung tidak mahu menyentuh makanan ini. Dato’Azman perasan perubahan pada Shahrul.
            “ Biarkan je mama Shah tue. Nanti dia lapar pandailah dia cari makanan.”
            “ Tapi pa…”
            “ Makan je….” Shahrul tiada pilihan lain selain terus makan. Tapi hatinya masih pada mamanya yang sedang marahkan mereka. Mahu ke mama makan semua ini nanti? Shahrul berteka teki di dalam hati. Bukan dia tidak tahu mamanya itu. Kalau sekali dia kata tidak, maksudnya tidak. Shahrul meninggalkan sedikit lauk untuk mamanya. Kalau mama lapar nanti tidak ada makanan pulak. Fikir Shahrul. Setelah selesai makan Shahrul naik ke atas untuk menunaikan solat zuhur. Papa dan adiknya sudah lama menghilang. Mungkin papa sedang memujuk mama. Adiknya pula tentu sibuk online di dalam bilik. Bukan Shahrul tidak tahu adiknya itu habis sahaja peperiksaan SPM itulah kerjanya siang malam. Bila di tegur katanya nanti selepas masuk kolej dia tidak boleh buat semua itu lagi. Akhirnya mama dan papa diamkan saja.

Datin Dania memejam matanya rapat-rapat untuk menahan kelaparan yang di rasai sejak tengah hari tadi. Merajuk punya pasal makan pun dia tidak mahu. Awalnya dia fikir boleh menahan kelaparan itu, tapi malangnya tidak. Menyucuk-nyucuk rasanya. Nak ajak suaminya keluar tetapi suaminya sudah keluar untuk berjumpa rakan. Takkan mahu makan sendirian di hotel. Pasti sunyi dan tidak seronok. Di rumah pulak bukan ada makanan yang boleh di makan pun. Nak tidur untuk menghilangkan rasa lapar pun tidak boleh tidur. Hilang ngantuk kerana lapar. Nak tak nak terpaksa juga dia bangun turun ke dapur untuk melihat apa yang ada. Kalalu nasibnya baik dapat jumpa makanan. Habis satu dapur di geledah tidak jumpa makanan pun. Matanya berhenti pada tudung saji. Ditenung tudung saji itu seolah-oleh untuk scan sama ada ada makanan atau tidak. Selangkah demi selangkah Datin Dania mendekati tudung saji itu. Serta merta hidung menghidu bau yang enak dan itu menambah lagi rasa lapar di perutnya. Apabila terbuka saja tudung saji itu maka terlihatlah Datin Dania lauk-lauk ynag di makan suami dan anak-anaknya tadi. Terliur dia melihat kuah lemak ikan keli yang pekat kekuningan. Kerana ego Datin Dania pantas menutup kembali makanan-makanan itu. Dia tidak mahu makan semuja itu. Itu bukan makanan yang sepatutnya dia makan. Datin Dania mahu beredar tapi baru berapa langkah terbayang di matanya lauk ikan keli tadi. Dia melihat sekeliling rumah. Setelah di pastikan tiada orang pantas dia menyambar pinggan dan mula mengisi perutnya.

“ Betul ke?” Seakan tidak percaya Hyemi mendengar berita yang dibawa Shahrul.
“ Betullah. Ni aku tengah tengok dia makan lah ni. Dua kali dah dia tambah.” Kata Shahrul berbisik tidak mahu didengari mamanya. Sewaktu dia mahu turun mengambil air tadi dia terkejut melihat mamanya sedang makan. Habis lauk-lauk yang dia tinggalkan tadi.
“ Woah… gila lah… Alhamdulillah at last nak juga mama kau makan makanan tu.” Hyemi mengucap syukur. Tak sangka makanan yang di anggap low class itu di terima baik oleh keluarga Shahrul. Dulu nak suruh Shahrul makan pun susah. Apa punya peliklah keluarga Shahrul ni. Makanan yang satu Malaysia ni makan boleh pulak tidak dimakan apatah lagi dipandang. Sungguh aneh. Orang kaya la katakan. Duit habis berjuta-juta pun apa nak kisah. Perasan pun tidak agaknya.
“ Tulah. Tadi tengah hari mati-mati dia tak nak makan. Ni dah nak masuk mkan malam baru dia nak makan.” Kata Shahrul separuh mengutuk mama sendiri.
“ Lapar sangat la tu kot… Lepas ni kau beli buku resipi banyak-banyak letak kat dapur. Mana la tau terbukak hati mama kau nak masak pulak.” Cadang Hyemi.
“ Bagus jugak idea kau tu. Sekarang ni jugak aku keluar pergi beli.” Shahrul terus mematikan telefon tanpa sempat Hyemi berkata apa-apa. Gembira betul Shahrul bila keluarganya dah bertukar selera.

“ Ish budak ni aku belum abis cakap dah letak pulak.” Gumam Hyemi sendirian. Macam itulah Shahrul kalau dah terlalu gembira sangat. Hyemi menggeleng kepala dengan sikap Shahrul. Dia memasukkan telefonnya di dalam poket seluar. Dia sedang membawa motosikal ketika Shahrul menghubunginya. Kerana nak menjawab panggilan Shahrul dia berhenti di tepi jalan. Bosan duduk di rumah, dia menaiki motosikal pusing-pusing kampung. Sekurang-kurangnya dapat juga menghirup udara segar walaupun jalan-jalan sendirian. Sedang Hyemi asyik menikmati keindahan kampungnya, sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu dengan laju dan itu menyebabkan dia hilang keseimbangan sewaktu kereta itu berselisih dengannya. Mujur Hyemi tidak jatuh dihempap motor. Kalau tidak hospitallah jawabnya. Tapi entah macam mana kakinya terseliuh. Bersusah payah dia bangun.
“ Are you okay?” Hyemi mengangkat wajahnya apabila ditegur seorang lelaki. Soalan yang diajukan seperti pernah didengar. Sebaik melihat wajah lelaki di depannya Hyemi mengetap bibir. Patutlah macam pernah dengar soalan itu dan suaranya sekali. Lelaki itu sabar menanti jawapan dari Hyemi yang merenungnya. Dia sendiri tidak faham maksud renungan itu. Setelah agak lama menununggu lelaki itu mahu beredar.
“ Well. Looks like you’re not having any injury. So, I can go now.” Belum sempat lelaki itu menekan minyak Hyemi bersuara.
“ Awak ni memang tak ada adab ke?” Soal Hyemi geram dan berbaur sindiran. Berkerut lelaki itu mendengar soalan Hyemi.
“ Sorry?” Hyemi tersenyum sinis. Nampak muka melayu tapi tak faham bahasa melayu. Kutuk Hyemi dalam hati.
“ Saya tanya awak ni tak ada adab ke… Tak faham?” Ulang Hyemi akan soalannya. Kali ini suaranya dikuatkan sedikit. Bimbang pula dia kalau-kalau lelaki di depannya itu pekak.
“ Saya faham.. tak payah nak peril-perli saya…” Hyemi ketawa apabila mendengar lelaki itu berkata-kata. Apa yang lucu pun lelaki itu tidak mengerti. Kalau kena sampuk conform dia cepat-cepat tekan minyak. Takut sawan berjangkit.
“ Tahu cakap melayu jugak rupanya….” Hyemi mendekati kereta lelaki itu.
“ Apa masalahnya. Kalau awak okay, saya nak jalan.” Malas lelaki itu mahu lama-lama di situ melayan Hyemi. Sudahlah kawasan di situ sunyi tiada orang.  Hujung kampung la katakan. Nak-nak baru pukul empat petang. Tak ramai yang keluar waktu ini. Entah macam manalah dia boleh terserempak dengan perempuan di sebelahnya ini.
“ Macam tu je. Dahlah tak mintak maaf. Nak blah macam tu je pulak. Hei saudara! Awak ni memang tak di ajar cara-cara nak mintak maaf ke?” Marah Hyemi geram dengan lelaki yang kurang berbudi bahasa itu. Orang melayu tapi tidak ada ciri kemelayuan langsung.
“ Buat apa nak mintak maaf. Awak bukan luka pun. Lainlah kalau awak kena bawak hospital.” Jawab lelaki itu dengan nada sombong dan tidak ada sedikit perasaan. Hyemi mengetap bibir. Kemarahnya meluap-luap. Heartless sungguh lelaki itu.
“ Saudara, tak kisahlah saya masuk hospital ke tak yang penting awak dah hampir nak langgar saya dan saya terjatuh. Kaki saya terseliuh awak kenalah mintak maaf. Takkan nak tunggu saya mati masuk kubur baru nak mintak maaf.” Suara Hyemi sedikit meninggi dan semakin kasar gaya bahasanya. Dengan orang macam ini memang kena cakap kasar baru dia faham. Kata Hyemi dalam hati. Sungguhlah tidak berhati perut manusia jenis ini. Datang dari planet nama tidak berhati perut agaknya.
“ Masalah sekarang ni awak ok. Tak payahlah nak panjang-panjangkan cerita ni. Saya tak ada masa nak lama-lama kat sini layan awak. Dahlah saya nak pergi.” Lelaki itu menjeling Hyemi dan bersedia untuk menekan minyak. Terkejut Hyemi dengan tingkah laku lelaki yang sungguhlah tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati perut itu. Cold hearted gila. Cepat-cepat Hyemi berjengket-jengket pergi ke hadapan kereta apabila menyedari lelaki itu hendak menekan pedal minyak. Tak boleh pergi selagi tidak mintak maaf. Tegas Hyemi tapi tidak diluahkan. Bulat biji mata lelaki itu melihat Hyemi menahan keretanya.
“ Apa awak buat ni? Get out of my way!” Jerit lelaki itu.
“ No! selagi awak tak mintak maaf jangan harap saya nak ke tepi. Cepatlah mintak maaf kalau nak cepat blah dari sini.” Balas Hyemi. Dia nekad. Walau apa pun yang terjadi dia tidak akan berganjak walau seinci pun. Lelaki itu melepas nafas beret. Dasar perempuan kampung. Pendek akal sungguh. Kalau diikutkan hati mahu saja dia langgar biar padan muka. Tiba-tiba timbul satu idea di benaknya.

Hyemi membuka tudung dan mencampaknya di penjuru katil. Hatinya sebal apabila di permainkan lelaki yang tidak punya perasaan itu. Rancangnya ingin memngenakan lelaki itu tetapi dia pula yang terkena. Kalau tidak kerana perbuatan lelaki heartless itu pasti dia akan mendengar lelaki itu meminta maaf. Hyemi turun ke bawah untuk mengambil wudhuk. Waktu asar sudah pun masuuk sejam yang lalu. Fikirnya kalau ambil wudhuk kemarahannya akan hilang. Sejak kecil dia belajar, guru-gurunya akan pesan perkara yang sama. Untuk menghilangkan perasaan marah yang  sedang menguasai diri, salah satu caranya ialah dengan mengambil wudhuk. Untuk seketika marahnya pada lelaki tadi lenyap. Namun apabila mahu memulakan solat, terimbas sekali lagi apa yang berlaku. Dan itu memaksanya untuk memulakan kembali solatnya. Lebih menyakitkan hati batal wudhuknya apabila tiga kali berturut-turut hal itu terimbas setiap kali dia mahu memulakan solatnya.
“ Argh…!” Hyemi melepaskan kegeramannya dan duduk di atas katil untuk menenangkan hati. Kain sembahyangnya di buka.

Hyemi tersenyum puas kerana lelaki itu akhirnya mengalah. Nak juga akhirnya dia meminta maaf atas kesalahan yang telah dilakukannya. Selangkah demi selangkah lelaki itu menapak ke arahnya. Hyemi dilanda kehairanan apabila lelaki itu tidak berhenti malah semakin dekat dengannya. Dia yang terpaksa berundur kebelakang. Berdebar-debar jantung Hyemi apabila lelaki itu tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti.
“ Apa awak nak buat ni? Saya suruh mintak maaf je bukan suruh dekat-dekat dengan saya.” Terketar sedikit suara Hyemi walaupun dia sebenarnya marah.
“ Baik awak jangan dekat dengan saya.” Hyemi cuba memberi amaran tetapi tidak dihiraukan langsung. Makin berdebar jantung Hyemi dibuatnya. Sudah gila lelaki ini agaknya. Hyemi beranikan diri untuk menolak lelaki itu kebelakang malangnya lelaki itu terlalu berat untuk ditolak Hyemi.  Hyemi tidak tahu perlu lakukan apa saat itu. Kalau ada orang kampung nampak memang boleh jadi buah mulut. Dia dengan ibu yang malu besar nanti walaupun perkara ini bukan seperti yang mereka fikirkan. Tapi dia mahu lelaki itu minta maaf. Akhirnya…
“ Ok ok ok saya ke tepi.” Hyemi mengalah. Lelaki itu tersenyum menang. Hyemi hanya mampu melihat lelaki itu beredar meninggalkannya. Hilang saja kereta lelaki heartless itu, Hyemi menendang tayar motornya. Sebal sungguh hatinya. How in the world exist this kind of man…. Malang sungguh perempuan yang dapat lelaki yang heartless begitu. Kutuk Hyemi dalam hati.



Bab 5
Kunci kereta di campak ke atas meja sambil merebahkan badan ke atas sofa. Pening rasanya kepala kerana terpaksa melayan karenah seorang seorang perempuan yang datang entah dari planet mana. Sudahlah kasar tambah keras kepala yang kalau nak di bandingkan dengan konkrit pun kalah. Ingatkan lepak di kampung lagi tenang hatinya tapi lain pula yang jadi. Bertambah pening adalah. Bukan ke sepatutnya perempuan kampung ni lemah lembut, sopan santun dan penuh dengan ciri-ciri kemelayuan perempuan melayu asli. Tapi yang sorang ni tak melambangkan langsung semua cirri-ciri itu. Apa punya jenis perempuan pun dia tak tahu. Mungkin zaman yang dah moden sekarang ni meleyapkan semua ciri-ciri itu. Dia pun tidak tahu. Apa yang penting dia sakit kepala melayan kerenah perempuan yang kasar dan tidak berbudi bahasa itu.
“ Oii.. menung jauh nampak?” Zulhairi menegur sepupunya yang sepertinya sedang memikirkan sesuatu ynag serius. Mana tidaknya sampai berkerut-kerut kepala. Serius sangat ke?
            “ Kau ni pun jangan la sergah. Terkejut aku.” Kata Reza dalam nada kegeraman sambil memberi sedikit runag untuk Zulhairi duduk. Zulhairi hanya tersengih sumbing.
            “ Takdelah aku tengok kau macam tengah fikir masalah negara je sampai berkerut-kerut kalah atuk.” Reza tertawa kecil mendengar kata-kata Zulhairi.
            “ Apa kau ingat aku tua sangat ke? Siap banding ngan atuk.” Zulhairi ketawa.
            “ Bolehlah.. wei bagitaulah kau tengah fikir apa?” Ketawa Reza berhenti sebaik saja terinagt perempuan itu. Dia mengambil remote controller yang ada di atas meja dan menekan butang on televisyen. Zulhairi di sebelah sabar menunggu jawapan Reza.
            “ You know what… I think I don’t have luck in this village…” Reza member khadimah yang tidak difahami Zulhairi. Hilang kerut di muka Reza kerana kerutan itu dan berpindah di muka Zulhairi.
            “ Asal pulak kau cakap macam tu?”
            “ Aku jumpa sorang perempuan yang lack manner. Bukan sikit tapi banyak.” Luah Reza sedikit mengenai perempuan yang di jumpainya tadi. Zulhairi masih tidak memahami sepenuhnya.
            “ Lack manner macam mana?” Tanya Zulhairi lanjut. Reza menekan-nekan remote controller mencari rancangn yang seronok tapi semuanya tidak memikat hati kerana memikir perihal perempuan itu.
            “ The day aku nak datang sini aku buang air milo keluar tingkap. Nak ditakdirkan air tu terkena perempuan tu. I said sorry to her. Tapi dia suruh aku keluar kereta and she kicked my leg. How rude.” Cerita Reza sambil meluahkan rasa marah. Sungguh tidak puas hati dengan perempuan itu. Zulhairi ketawa mendengarnya.
            “ And you just give her chance to do so…” Kata Zulhairi seperti mengejek.
            “ Manalah aku tau dia nak sepak aku. Kalau aku tau takdenya aku nak bagi di free sepak aku.” Geram  Reza melihat Zulhairi yang mentertawakannya. Timbul rasa menyesal bercerita kepada sepupunya itu.
            “ Owh… patutlah hari tu kau terdengkut-dengkut. Konon terseliuh rupanya kena sepak.” Terimbas di mata Zulhairi sewaktu Reza tiba di rumahnya.  Jalan terhinjut-hinjut. Bila ditanya kenapa jawabnya terseliuh.
            “ Takkan sampai hari ni kau marah?”
            “ Kalau aku jumpa dia hari tu je aku tak kisahlah.”

            Hyemi menyusun baju-bajunya masuk ke dalam beg. Rasanya baru saja cuti dah kena pulang semula ke UIA. Tidak puas lagi bermanja dengan ibu. Lepas ni susah dia nak pulang ke kampung walaupun punya waktu terluang. Mana tidaknya asal ada waktu terluang saja masa itulah berduyun-duyun kerja yang datang. Sampai tidak cukup tangan. Tragis sungguh. Esok pun dia kena daftar sendiri. Ibu tidak dapat ikut alasannya nak jaga kedai. Tapi Hyemi tidak kisah kerana dia sudah terbiasa. Dia bukan budak semestersatu yang perlu diteman-teman. Dia pulang ke UIA esok pun dengan menumpang jirannya yang kebetulan ingin ke Kuala Lumpur esok. Alang-alang hantar dia sekali. Jimat duit. Selalu dia naik teksi. Sekali pergi dah habis hampir seratus ringgit. Boleh buat makan tiga minggu. Nak buat macam mana dia bukan macam orang lain yang sempurna hidupnya. Dia pula serba kekurangan. Elok dia sibuk menegmas apa yang patut, telefon bimbitnya berbunyi. Nama Shahrul tertera di skrin telefon.
            “ Hello. What’s up?” Tanya Hyemi sebaik menjawab telefon.
            “ Hello. Kau ni tanya la khabar aku dulu kalau ye pun.” Gerutu Shahrul.
            “ Ala aku tau kau tu sentiasa sihat. Tak payah tanya pun tak ape. Kenapa telefon malam-malam ni?”
            “ Esok kau balik dengan apa?” Hyemi hairan dengan pertanyaan Shahrul.
            “ Jalan kaki.” Jawab Hyemi selamba.
            “ Cakaplah betul-betul.” Shahrul seakan marah bunyinya.
            “ Aku tumpang jiran aku. Kenapa?”
            “ Tak payahlah. Aku ambik kau.” Bertambah pelik Hyemi dengan Shahrul. Hilang kewarasan ke apa Shahrul ingin mengambilnya jauh-jauh.
            “ Kau ni apesal… Takde kerja ke nak ambik aku.”
            “ Aku serius la. Lagipun aku nak jumpa Ibu sekali.”
            “Ah tak payah lah.” Halang Hyemi sambil berjalan menuju ke jendela yang terbuka.
            “ Why not?” Shahrul seperti tidak puas hati.
            “ Yelah kau nak susah-susah patah balik KL ngan rumah aku buat apa… Buat habis duit minyak ngan tol je. Simpan buat beli makanan lagi baik.” Hyemi mengemukakan alasan yang kukuh.
            “ Ala berapa sangatlah duit tol ngan minyak tu…”
            “ Amboi kau… Taulah banyak duit sampai kau nak membazir. Aku kata tak payah, tak payah. No objection!” Kata Hyemi tegas. Shahrul ni memang tidak berkira sangat pasal duit. Lainlah dia yang memang menghargai duit.
            “ Tapi…”
            “ No objection! Dahlah aku nak kemas baju ni. Jumpa nanti la ye. Bye..” Hyemi terus mematikan talian. Kalau cakap lama-lama nanti ada jelah idea Shahrul nak bantah cakapnya. Baru beberapa saat memutuskan talian, dia menerima mesej Shahrul.
 Bolehla aku amek esok…
No way!!!! Laju jari Hyemi membalas mesej Shahrul. Degil betul.
Hyemi please…. Hyemi senyum membaca balasan Shahrul. Mesti muka tengah seposen. Duga Hyemi.
NO NO NO. Hyemi tetap dengan pendiriannya. Yang Shahrul ni degil semacam ni kenapa. Tidak pernah pula sebelum ni nak sibuk-sibuk mengambilnya dari kampung. Elok je dia balik naik teksi. Hilang akal betul Shahrul ni.
Please…
Aku marah kau ni. Baik kau stop. Balas Hyemi agak geram dengan Shahrul yang tidak faham-faham. Lama Bru Shahrul memberi balasan.
Fine. C u tomorrow… Hyemi senyum kemenangan. Tahu takut. Gertak sikit je.  Hyemi meletak tepi telefonnya dan cepat-cepat mengemas apa yang belum terkemas. Matanya dah mula nak menyuruhnya tidur. Tambah-tambah esok kena bangun awal. Pukul lapan dah kena tolak. Jirannya ada kerja di KL itu yang pergi awal. Kalau tidak selalunya tengah hari baru dia pulang jika naik teksi. Cepat balik cepat rehat esok. Setelah selesai, Hyemi terus melompat atas katil untuk melayari mimpi.

            Nasib Hyemi baik kerana tidak ramai orang pada waktu pagi ini. Memang patut tidak ramai orang. Sekarang pun baru pukul sepuluh. Mana ada orang yang nak balik awal begini. Kalau rasa nak sesak, tengah hari barulah dewan besar ini dipenuhi ramai manusia. Daripada sesak-sesak baik lapang macam ni. Senang kerja. Hyemi melngkah masuk dewan sambil menoleh melihat keliling. Adalah beberapa orang yang pulang awal sepertinya. Orang kata jalan kena tengok depan sebab nak mengelakkan dari terlanggar orang lain.
            “ Oh mak kau!” Latah Hyemi bila tidak sengaja melanggar seseorang.
            “ What have you done?!” Hyemi mendengar suara orang marah. Dia ingin melihat orang yang di langgar tapi belum sempat matanya melihat ke mukanya terlebih dulu matanya menyapa T-shirt lelaki itu yang basah di sirami air kopi. Mesti panas. Hyemi berasa bersalah yang amat. Dan memang patut pun dia di marahi.
            “ Sorry sorry sorry saya tak sengaja. Panas ke?” Tanya Hyemi meminta kepastian. Takut pula kalau melecur badan lelaki di depannya itu. Tak ke naya di buatnya. Harap-harap lelaki ini tidak meminta ganti rugi. Dia bukan ada duit nak bayar. Macam mana pulak kalau dia lapor polis? Lagilah naya. Hyemi berkira- kira dalam hati.
            “ Panas ke? Awak nak ke saya siram kat awak biar awak rasa sendiri.” Reza mendengus geram. Apalah malang nasib dia hari ini. Sudahlah baju itu baju baru. Nak-nak pulak kakaknya yang belikan untuknya dari US. Frust betul dia dengan perempuan di hadapannya itu. Mata letak kat lutut agaknya. Reza marah di dalam hati tanpa meluahkannya.
            “ Sorry… saya betul-betul tak….” Sengaja…. Kata-kata Hyemi terberhenti sebaik matanya melihat lelaki di hadapannya itu. Hampir nak jatuh rahangnya. Apa lelaki itu buat di sini?
            “ Apa yang awak buat kat sini?” Hilang terus ketakutannya semasa melanggar lelaki itu tadi. Berganti pula dengan rasa sakit hati. Reza juga terkejut apabila perempuan yang melanggarnya adalah perempuan kampung yang kurang adab itu. Bertambah sakit hati di buatnya.
            “ You again…” Kata Reza separuh mengeluh.
            “ Awak ingat saya nak sangat ke jumpa awak? Malang betul jumpa awak kat sini..” Hyemi menjeling lelaki di depannya itu.
            “ Siapa yang malang sekarang? Apa awak nak buat pasal baju saya ni?” Volume lelaki itu meninggi. Hyemi memandang lelaki itu atas bawah. Kejadian milo terimbas. Dia tersenyum.
            “ Fair and square. Saya milo, awak kopi. Bye.” Hyemi senyum sinis dan mengorak langkah ingin berlalu. Reza yang tidak menyangka tindakan Hyemi pantas menangkis kaki Hyemi. Debuk!
            “ Ouch!” Hyemi terjatuh. Dia mengetap bibir dan memandang lelaki itu dengan pandangan tajam.
            “ Sorry.” Dengan selamba lelaki itu berlalu meninggalkan Hyemi sambil tertawa mengejek. Banyak mata yang memandang Hyemi.
            “ Argh!” Hyemi menggenggam tangannya erat. Marahnya kepada lelaki itu semakin membuak-buak. Mujur tidak ramai yang ada di dalam dewan besar ini. Jika tidak malunya pasti berlipat kali ganda. Berani betul lelaki heartless itu memalukannya di depan orang. Hyemi tekad untuk membalas dendam. Tak mungkin dia akan membiarkan lelaki itu memijak-mijaknya. Hyemi berdiri semula dan pergi ke kaunter untuk mendapatkan kunci biliknya.














Bab 6
Hujan turun dengan lebatnya hari ini. Mujur Shahrul memandu kereta untuk ke kelas tadi. Kalau tidak pasti dia terpaksa menunggu hingga hujan berhenti. Shahrul berlari menuju ke keretanya. Buku yang ada di dalam begnya basah sedikit. Sebaik enjin kereta dihidupkan, dia teringat Hyemi. Sudah pulangkah dia? Kalau belum pasti dia terkandas juga dan sedang menunggu hujan berhenti. Tapi dengan keadaan hujan begini tidak mungkin akan berhenti dalam wanktu yang singkat. Sekiranya bawa payung sekalipun, tentu akan basah juga kerana angin kuat. Tanpa membuang masa, Shahrul mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Hyemi.

Hyemi memeluk tubuh. Nampaknya hujan tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti. Bagaimana dia mahu pulang ke mahallah jika begini keadaannya. Sudahlah payung pun tidak dibawanya. Kes berat ni. Lama menunggu di sini tentu dia akan beku kerana kesejukan. Dia tidak mahu lama-lama di sini. Shahrul. Hyemi teringat akan Shahrul dan menagmbil telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan sahabatnya itu. Sedang dia mencari-cari nombor telefon Shahrul, tangannya dilanggar dari belakang dan telefonnya terjatuh.
            “ Oh sorry.” Hyemi memandang orang yang meminta maaf itu. Terus dia mengetap bibir sejurus melihat wajah makhluk di depannya itu.
            “ Awak lagi…” Reza mengeluh. Buang air liur saja meminta maaf.
            “ Kalau tahu awak yang saya langgar tak ingin saya nak mintak maaf.”  Kata Reza dengan tanpa rasa bersalah. Dia pun tidak mengerti mengapa asyik bertemu dengan perempuan di depannya sejak ke belakangan ini. Hyemi menjeling sambil mengambil semula telefon bimbitnya. Untung tidak keluar semua isi di dalam telefonnya itu. Sudahlah telefonnya sudah nazak. Tinggal tunggu masa saja.
            “ Saya pun tak inginlah nak jumpa awak. Asal jumpa je nasib saya tak baik. Bawak nasib malang agaknya awak ni.” Tutur Hyemi membuat mata Reza membulat.
            “ What did you say. Saya bawak nasib malang?”
            “ A’ah. Agaknya siapa je yang dekat dengan awak mesti ada something bad will happend to them.” Hyemi langsung tidak memandang wajah Lelaki itu. Tumpuannya lebih kepada telefon di tangan mencari nama Shahrul untuk di hubungi. Malas dia mahu berlama-lama di sini dengan lelaki yang tak berhati perut ni.
            “ Saya atau awak yang bawak nasib malang?”
            “ Awak.” Jawab Hyemi dengan tumpuannya masih pada telefon. Reza bengang dengan tingkah Hyemi. Dia terus merampas telefon di tangan Hyemi. Hyemi tersentak.
            “ Apa awak ni? Give it back to me!” Hyemi naik berang. Suka hati saja merampas telefonnya.
            “ Say sorry to me if you want your ugly phone back.” Reza menggenggam telefon Hyemi seeratnya.
            “ Ugly phone?”
            “ Yup.” Menyirap darah Hyemi apabila telefonnya dihina sebegitu sekali. Seolah-olah dirinya turut dihina. Siapa lelaki di hadapannya itu untuk menghinanya begitu.
            “ Watch out with your words.. You’re insulting me.” Keras suara Hyemi menuturkan kata. Reza tersenyum sinis.
            “ Saya kata telefon ni bukan awak. Tapi kalau awak terasa pun apa salahnya.” Hyemi terasa ada air mata yang bertakung di matanya. Lelaki itu memang sudah melampau. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Reza melihat nama yang tertera di skrin.
            “ Shahrul.” Reza menghulur telefon kepada Hyemi. Tetapi sebaik Hyemi ingin mengambil telefon itu dia menjawab panggilan Shahrul.
            “ Hello.”
            “ Owh nama dia Hyemi.”
            “ Bye.” Reza memutuskan talian sebelum sempat Shahrul menghabiskan kata. Hyemi semakin geram dengan tindakan lelaki itu.
            “ So, nama awak Hyemi.” Hyemi tidak mengendahkannya.
            “ Bagi  balik telefon saya.”
            “ Ambiklah sendiri.” Reza masih tidak mahu mengalah.
            “ Baik awak bagi balik. Kalau tidak…”
            “ Kalau tidak apa?”
Duk!
            “ Adoi!!” Hyemi pantas merampas semula telefonnya. Puas hatinya. Reza terduduk menahan kesakitan.
            “ Kalau tidak saya sepak awak. Serve you right.” Kata Hyemi dan terus berlalu. Reza tidak mampu untuk berkata apa kerana kesakitan yang amat sangat. Terduduk dia menahan kesakitan pada kakinya. Sudahlah tempat yang sama dia disepak semasa di kampung dulu. Perempuan jenis apa dia ni. Besi betul kaki. Monolog Reza.
Shahrul memandu keretanya di seluruh kawasan kampus untuk mencari Hyemi. Sebaik orang lelaki yang menjawab panggilannya sewaktu menghubungi Hyemi dia terus mencarinya. Risau berlaku apa-apa kepada Hyemi. Entah lelaki mana yang ada bersama Hyemi waktu ini. Atau telefon bimbitnya tercicir dan ada orang yang menjumpainya dan langsung menjawab panggilannya. Tetapi kenapa pulak lelaki itu tidak cakap ingin memulangkan telefon itu sebaliknya terus mematikan talian setelah mengetahui nama Hyemi. Pasti ada yang tidak kena. Shahrul berkata-kata sendiri. Perasaan risaunya membungkus diri. Dalam dia tertinjau-tinjau mencari, telefon bimbitnya berbunyi. Naman Hyemi tertera di skrin.
            “ Hyemi kau kat mana?” Tanya Shahrul cemas.
            “ Shah ambik aku kat CAC boleh?” Pinta Hyemi dalam suara yang terketar-ketar.
            “ Dua minit.” Putus Shahrul. Pedal minyak ditekan cuba memandu secepat yang mungkin. Suara lemah Hyemi tadi menambahkan lagi kebimbangan di hati Shahrul. Sebaik tiba di hadapan bangunan CAC, Shahrul keluar daripada kereta dengan membawa payung dan berkejar ke arah Hyemi.
            “ Kau ok tak ni?” Soal Shahrul apabila melihat keadaan Hyemi.
            “ Ok. Sorry sebab menyusahkan kau…” Kata Hyemi terketar-ketar kesejukan.
            “ Tak susah apa pun… Yang penting kau. Aku risaukan kau tahu tak..” Ucap Shahrul meluahkan rasa sambil membuka kot yang di pakainya dan dipakaikan pada Hyemi. Hyemi hanya mampu tersenyum kelat.
            “ Sorry and thanks..” Shahrul hanya mengangguk dam mengambil buku dan beg Hyemi. Payung di tangannya di buka dan beriringan bersama Hyemi masuk ke kereta.
            “ Sampai bilik nanti mandi terus tau.” Pesan Shahrul sebaik kereta bergerak.
            “ Tau..” Jawab Hyemi lemah.
            “ Kau ok tak ni?”
            “ Ok lah. Don’t worry about me ok…” Hyemi menarik senyum. Terharu juga bila Shahrul begitu mengambil berat terhadap dirinya. Dia menyandarkan kepala di kerusi dan memejamkan mata seketika. Shahrul lega sedikit apabila mendengar kata-kata Hyemi. Dia ingin sekali bertanya mengenai perihal lelaki tadi tapi tidak sanggup kerana Hyemi seakan tidak larat untuk bercerita apa-apa. Semua soalan yang muncul di benaknya hanya dibiarkan lenyap begitu saja.
            “ Malam nanti aku datang bagi ubat.”
            “ Tak payahlah. Aku ada ubat kat atas.” Hyemi menolak.
            “ Sure?” Shahrul meminta kepastian.
            “ Ye…” Shahrul hanya mengangguk.
            “ Esok aku pulangkan kot kau. Aku basuh dulu.”
            “ Tak payahlah… Bukan kotor pun.”
            “ Tapi tadikan kena hujan.”  Hyemi serba salah ingin memulangkan kot Shahrul tanpa membersihkannya.
            “ Takpe…”
            “ Oklah kalau kau dah cakap macam tu… thanks tau…Aku naik dulu..” Shahrul angguk sambil tersenyum. Hyemi keluar setelah membuka kot Shahrul. Dia naik ke bilik sejurus selepas Shahrul hilang dari pandangan.

No comments:

Post a Comment