Monday, 14 November 2011

Kerja Oh Kerja!

One fine day! Jalan-jalan menuju ke tesco dan giant untuk mencari kerja. Fuuuhhhh!( buat gaya Awal Ashaari sikit..) memang letih. Tapi kerana nak mencari kerja untuk mengisi masa lapang yang melampau-lampau ni, terpaksalah gagahkan jugak kaki ni melangkah. Boleh jugak membakar kalori yang bergelen-gelen ni. h0h0..Back to the main topic. Sebenarnya bukanlah nak cakap pasal perjalanan mencari kerja atau nak bakar kalori, tapi nak berkongsi apa yang kami lalu masa bertanya kat setiap owner kedai. Honestly kalau cari kerja ni macam-macam orang kita boleh jumpa. Berlagak, sombong, peramah dan macam-macam lagi. Today Ain sendiri dapat mengadap orang-orang macam ni. Kalau dapat jumpa orang yang peramah dan mesra tak pe lah jugak. Senanglah kita nak berurusan. Tak lah kekok wal kelu bila berhadapan dengan owner tu. Senyum pun ikhlaslah jugak. Ni tak, baru masuk kedai je muka dah mengalahkan dinasour-dinasour dalam cerita otomen tu. Manalah orang tak takut. Cakap pulak nak tak nak. Ain senyum pun rasa tak ikhlas je. Sakit hati dilayan dengan garang. Apa ingat orang nak ke kerja dengan orang macam tu? Kalau ada memang beruntunglah owner kedai tu. Yang pekerja pun ada can lah nak jadi The best employee of the year. Untunglah manusia tu.... Tu baru satu jenis owner yang Ain jumpa. Ada satu lagi jenis tu pandang muka pun tak. Amboi... Sombong wal bongkak sungguh. Taulah muka kami ni tak meletop-letop macam muka Rozita Che Wan. Huh! Kedai ni kedai cina jual jam. Kat luar kedai, dia paste kertas tulis nak part time worker. Adalah tulisan cina. Ain dengan kawan Ain, manalah nak faham tulisan cina tu. Kami sekolah bukan sekolah cina. No wonder lah dia tak nak pandang kami pun, masa kami tanya pasal kerja. Rupanya maksud tulisan cina tu, dia nak pekerja cina je. Tapi kalau ye pun angkatlah muka tu bila kami tanya. Senyum ke, cakap sorry yang dia nak pekerja cina je ke... Tak pun tulislah yang dia nak perkerja cina tu dalam english or malay. Senang. Semua orang faham. Tak lah rasa bengang dengan sikap sombong dia tu. Haish... nak marah pun tak boleh kan... Dah memang gitu sikap dia. Barulah Ain faham kenapa orang boleh tension kalau cari kerja tak dapat. Kesabaran kena tinggi kalau nak cari kerja ni. Bertawakkal dan redha je dapat or tak dapat kerja tu. Ops! sebelum Ain menitik noktahkan entry Ain ni... Ain nak invite semua baca dan komen karya penulisan Ain. Tak lah gempak mana sebab Ain saja nak cuba dalam bidang ni. Manalah tau boleh dijadikan sumber rezeki. Kan3? huhu. Jemputlah baca novel Ain tu ye.Ain dah post tuk bab 1,2 dan 3. Tajuknya satu rasa cinta. Selain dalam blog ni Ain ada hantar karya Ain kat http://penulisan2u.net/. Sila-silalah menjengah ye. Ok lah Ain nak pergi merehatkan diri setelah hampir lima jam berjalan mencari kerja. huhu. Adios!

No comments:

Post a Comment