Saturday, 22 October 2011
Friday, 21 October 2011
Satu Rasa Cinta 1
Bab 1
Bunyi burung-burung yang berkicauan terasa merdu menyapa pendengaran dan perasaan tenang menyelubungi diri. Alangkah indah apabila dapat pulang ke kampung setiap kali hujung minggu menjelma. Peluang yang tidak selalu dapat dinikmati ini digunakan sebaik-baiknya oleh Hyemi. Maklumlah seminggu di UIA memang tak menang tangan. Kelas lagi persatuan lagi itu belum campur dengan assignment yang berlambak . Setiap kali masuk kelas setiap kali itulah assignment muncul. Hampir nak terkeluar otak memikirkan macam-macam kerja nak diselesaikan. Tidur pun tidak pernah cukup. Memang banyak cabaran belajar di IPTA namun, inilah masanya untuk mengumpul pengalaman. Orang kata, jauh perjalanan luas pengalaman. Lagipun dia hanya dapat merasai semua itu jika belajar di IPTA. Sesetengah orang mungkin susah untuk belajar sambil dibebani dengan kerja-kerja persatuan, tapi Hyemi selalu ingat akan kata-kata guru silatnya bahawa jangan menjadikan kerja-kerja itu sebagai beban. Semua itu mesti kita pelajari kerana daripadanya kita boleh mempelajari ilmu-ilmu yang kita tidak boleh dapat hanya dengan belajar sepanjang masa. Apabila sudah masuk fasa pekerjaan nanti, selain melihat kepada pencapaian akademik malahan soft skill yang kita ada turut menjadi pemerhatian. Kerana itulah Hyemi tidak merungut dengan kerja-kerja yang diberikan kepadanya. Hyemi menghirup udara kampong yang nyaman. Udara yang senyaman ini sudah lama tidak dihirupnya. Hilang sebentar kepenatan yang dirasai. Pasti seronok andai UIA terletak di ceruk-ceruk kampung kerana hari-hari tidak akan rasa penatnya. Sedar tidak sedar sudah sejam Hyemi duduk di pangkin di hadapan rumahnya. Khusyuk menikmati keenakan udara kampung hingga waktu yang berlalu dengan pantas tidak terasa. Perlahan dia bangun dan berlalu masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur. Bau yang enak tiba-tiba menusuk masuk ke dalam hidungnya. Kalau dah bau sesedap ini sudah tentu ibunya yang masak. Air liur terasa ingin meleleh keluar.
“ hmmmmm…sedapnya….ibu masak apa ni?” Hyemi terus berdiri sebelah ibunya dan menjeguk ke dalam kuali yang panas. Ibunya tersenyum melihat gelagat Hyemi yang seperti kelaparan.
“ Ikan masak masam manis.”
“ Betul ke ni bu? Dah masak belum ni, Hyemi dah lapar.” Hyemi mengusap-ngusap perutnya dan terus menerpa ke rak pinggan mangkuk dan mengambil pinggan.
“ Kalau ikan masak masam manis cepat je Hyemi kan. Macam dah tak sabar-sabar” Puan Khalijah menggeleng kepalanya. Anaknya yang sorang ini memang hantu ikan masam manis. Letaklah ikan apa pun pasti licin.
“ Ala nak buat macam mana dah ibu masak sedap sangat. Masak apa pun sedap lagi-lagi masam manis.” Kata Hyemi dengan matanya yang tak lepas dari memandang ikan di tangan ibunya.
“ Tengok tu macam nak terkeluar mata tu tengok ikan ni.” Puan Khalijah meletakkan ikan di hadapan Hyemi dan seperti Puan Khalijah duga, pantas Hyemi menyambar ikan yang tersedia di depan matanya. Lagaknya seperti sudah sepuluh tahun tidak jumpa ikan. Puan Khalijah duduk di hadapan anak perempuannya.
“ Ibu makanlah sekali.” Pinta Hyemi. Tiba-tiba dia berasa tidak enak pula makan sendirian sementara ibunya duduk melihat dia makan.
“ Takpalah. Hyemi makanlah Ibu tak lapar.” Tolak Ibunya. Bukan dia tidak mahu makan tapi bila melihat Hyemi makan dengan begitu semangat sudah cukup untuk membuatnya kenyang.
“ Takda takda, Ibu kena makan jugak.” Desak Hyemi. Dia bangun dan pergi mengambil pinggan untuk ibunya. Nasi disenduk dan ikan dipotong lalu di letakkan di dalam pinggan. Nak tak nak Puan Khalijah terpaksa menyuap juga nasi ke dalam mulut. Tak mahu mengecilkan hati anaknya.
“ Kenapa ibu masak sedap? Hyemi masak tak sedap macam ni pun.” Rungut Hyemi. Puan Khalijah lantas tersenyum mendengar persoalan yang diajukan Hyemi.
“ Satu je rahsia yang ibu boleh bagi. Hyemi kena masak dengan penuh kasih sayang. Masukkan rasa sayang tu kat dalam masakan. Mesti sedap.” Beritahu Puan Khalijah. Hyemi mengerutkan dahinya. Seolah-olah sukar untuk mempercayai kata-kata ibunya.
“ Yeke?”
“ Ye… Kalau Hyemi masak macam tu mesti nanti suami sayang.” Kata Puan Khalijah memberi keyakinan kepada Hyemi.
“ Tapi kenapa ayah tinggalkan kita jugak?” Soal Hyemi lagi tanpa sedar. Tangan Puan Khalijah serta merta berhenti sebaik mendengar soalan Hyemi. Begitu juga Hyemi apabila tersedar akan kesilapan yang di lakukannya.
“ Hyemi minta maaf bu.. Hyemi tak niat pun nak..”
“ Takpa… Hyemi berhak tanya soalan tu. Semua salah ibu.” Air mata jernih mula terbit di hujung mata Puan Khalijah. Hyemi yang terasa bersalah pantas memeluk ibunya.
“ Maafkan Hyemi bu… Ibu janganlah nangis. Lepas nie Hyemi tak sebut pasal ayah lagi. Hyemi janji.”
Hyemi menyusun semua buku-buku yang bersepah di atas meja lalu meletakkanya semula di rak di mana dia mengambilnya tadi. Selesai menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah, dia ingin menyiapkan pula proposal mengenai aktiviti PSSCM yang akan datang di samping mengemaskini jumlah ahli terkini. Berbanding di PA Asasi UIAM Nilai, jumlah ahli di UIAM Gombak lebih ramai. Maklum sajalah UIAM nilai kawasannya lebih kecil kalau nak di bandingkan di sini. Pelajar juga lebih ramai. Jadi tidak hairanlah kalau jumlah ahli di sini lebih ramai. Cuma apa yang melecehkan, secara purata boleh dikatakn hari-hari dia akan mengemaskini jumlah ahli berikutan ramai yang menarik diri dengan alasan pelajaran mereka terganggu. Boleh di katakan setiap hari ada saja yang keluar. Naik pening kepalanya. Macam-macam betul perangai manusia yang ada dalam dunia ini. Kadang-kadang ada yang keluar kerana halangan ibu bapa dan yang paling famous alasan yang diberikan pasti kerana wang. Awalnya dahulu dia juga begitu. Kerana wang dan pelajaran dia nyaris menarik diri tapi akhirnya dia tetap setia menjadi sebahagian ahli PSSCM. Alasannya banyak dan siapa yang kekal sebagai ahli pasti tahu alasannya. Hari ini library tidak dikunjungi oleh ramai pelajar. Mungkin kerana hari ini hari sabtu. Bukan dia tidak tahu kalau hari minggu menjelang saja, pasti ramai yang keluar bersiar-siar dan tidak kurang yang mengunjungi pusat membeli-belah. Lebih-lebih lagi jika duit PTPTN baru masuk. Ada saja yang ingin dibeli. Nanti bila duit sudah habis, makanan yang di makan semua makanan segera. Makanan yang kurang sihat. Masa inilah convenient store dapat untung. Mana tidaknya setiap kali pelajar masuk Maggi jadi sasaran. Senang cerita dengan jual Maggi je dah boleh dapat untung besar. Begitulah lumrah kehidupan di Universiti. Hyemi membuka folder yang menyimpan maklumat PSSCM. Tanpa berlengah dia terus memulakan kerjanya.
“ Sibuk nampak…” Hyemi terkejut mendengar suara orang ynag menegurnya dari belakang. Insan yang menegurnya hanya tergelak kecil melihat reaksi Hyemi.
“ Ish kau ni buat aku terkejut je.” Marah Hyemi sambil menjeling. Geram diperlakukan begitu.
“ Janganlah marah. Manalah aku tahu kau nak terkejut. Sorrylah.” Shahrul duduk di hadapan Hyemi. Berhati-hati dia menarik kerusi takut mengeluarkan bunyi yang boleh mengganggu pelajar lain yang begitu tekun sekali menelaah pelajaran. Kalau ada orang menjerit terjun bangunan sekalipun mereka tidak dengar. Khusyuk sangat tengok buku.
“ Kau buat apa kat sini?” Tanya Hyemi yang hairan melihat kehadiarn sahabatnya itu. Bukan sehari dua dia kenal Shahrul. Sejak di Nilai lagi. Mereka saling mengenali pun kerana mereka ahli PSSCM. Walaupun sama kos tambah Nilai yang kecil ini mereka tidak saling mengenali sehingga menjadi ahli PSSCM. Bila sudah selalu bertemu kerana menguruskan hal-hal persatuan hubungan mereka semakin hari semakin erat. Shahrul kalau hari minggu saja conform lesap. Boleh kata satu Kuala Lumpur ini dia sudah terjah. Ceruk mana yang dia tidak tahu. Sebut sahaja nak pergi mana dengan rela hati dia jadi tour guide.
“ Ala kau ni. Perli ke?” Kata Shahrul dengan nada jauh hati.
“ Perli apa pulak. Aku tanya je. Yelah kau tu kalau sabtu ahad je mana nak lekat kat sini. Ada je tempat kau nak pergi.” Hyemi menyusun ayat dengan baik tidak mahu menyinggung perasaan Shahrul.
“ Kalau ikut jiwa raga aku ni, memang aku nak keluar tadi. Tapi tiba-tiba je kereta aku buat hal.” Beritahu Shahrul. Hyemi tertawa kecil membuat Shahrul pelik. Rasanya dia tidak buat lawak pun.
“ See kereta kau pun dah penat tau pergi sana sini. Kereta pun tahu jemu tau.” Ujar Hyemi dalam tawa yang masih tidak berhenti. Shahrul rasa geram pula dengan kata-kata Hyemi. Sampai hati kata begitu terhadapnya.
“ Sesedap goreng pisang je mulut kau cakap ea. Kereta aku dah lama tak servis la.” Shahrul mempertahankan diri. Tidak puas hati dengan Hyemi.
“ Yela tu. Dah tu kenapa pergi lib pulak?”
“ Ingat tadi nak tunjuk rajin tapi bila kau perli-perli plus kutuk aku hilang semua rajin aku.” Hyemi tertawa mendenar jawapan Shahrul. Boleh pulak macam itu. Tiba-tiba terbit satu idea di benaknya. Dia menarik senyuman yang penuh makna untuk Shahrul.
“ Tak payah la nak senyum macam tu. Kau nak suruh aku buat apa?” Dengan sekali lihat Shahrul sudah mengerti maksud senyuman itu. Kalau dah senyum macam itu adalah maksud yang tersirat dan tersuratnya. Makin lebar senyuman Hyemi sebaik Shahrul mengerti apa yang dia inginkan.
“ Memandangkan kau tak rajin aku nak buat kau rajin.” Hyemi mengeluarkan fail dari dalm begnya.
“ Nak aku update nama-nama ahli ke?” Tanpa Hyemi memberitahu, Shahrul tahu apa yang Hyemi mahu dia lakukan.
“ Baguslah kalau kau dah tahu. Kau bawak kan kekasih kau?” Shahrul mengangguk lantas mengeluarkan computer ribanya. Fail yang dihulur Hyemi diambil.
“ Tau-tau je kau aku bawak baby aku ni….”
“ Kau tu kalau tak usung kekasih pujaan hati kau tu tak sah.” Untuk beberapa ketika mereka diam menyiapkan kerja masing-masing.
“ Dah siap.” Beritahu Shahrul. Tapi tidak disambut oleh Hyemi. Shahrul mengalihkan pandangan dari computer riba kepada Hyemi. Segaris senyuman terukir apabila melihat Hyemi sudah terlena. Ingatkan diam kerana sibuk buat proposal. Rupanya tidur. Patutlah tidak kedengaran bunyi keypad laptopnya. Kalau tidak satu library boleh dengar bunyi keyboard yang ditekan olehnya. Ganas sungguh. Untuk seketika dia merenung wajah tenang Hyemi yang lena dibuai mimpi. Entah kenapa hatinya bergetar setiap kali melihat Hyemi. Sejak kali pertama dia bertemunya dulu. Wajah itu menimbulkan satu perasaan yang sukar ditafsirkan. Saat hatinya dirundung pilu seraut wajah itu pasti akan melenyapkan segalanya setiap kali dilihat. Saat dia gembira gadis itulah yang di cari dulu untuk dikongsi bersama perasaan itu. Adakah ini cinta? Pandang pertama. Sedang dia asyik meneliti wajah Hyemi, telefon bimbitnya benyanyi riang. Terkejut dibuatnya dan dia cepat-cepat menyeluk poket seluar mengeluarkan telefon. Dalam waktu yang sama Hyemi tersedar sebaik mendengar telefon Shahrul berbunyi. Kuat tahap tak ingat. Highest volume ke apa?
“ Hello. Ha ada apa?” Shahrul berkata dengan nada separuh berbisik. Mana taknya bunyi telefonnya sahaja dah menyebabkan semua mata merenungnya seperti buaya lapar. Kalau dia cakap kuat tentu kena terkam terus.
“ Ok. I’ll be there in 10 minutes.” Shahrul memasukkan semula telefon ke dalam poket.
“ Aku kena pergi dulu. Ada hal. Ni aku dah siapkan tinggal print je.” Shahrul mengemas apa yang patut dan meletakkan pendrive di hadapan Hyemi.
“ Aku pergi dulu. Bye Assalamualaikum.” Bergegas Shahrul meninggalkan perpustakaan. Hyemi yang masih pening-pening hanya mampu melihat. Hilang saja Shahrul dari pandagan dia terlentok semula. Rasa mengantuk memang tak boleh tahan
Subscribe to:
Comments (Atom)
