Bab 7
Kepala berat,pening,tak sedap badan dan hidung berair. Semuanya ditahan Hyemi kerana tidak mahu tertinggal walau satu kelas dan kuliah sekalipun. Bagi Hyemi ianya satu kerugian yang amat sangat. Alia dan Julia berkeras menghalangnya untuk menghadiri kelas tetapi Hyemi tetap berkeras. Sejak malam tadi dia berkeadaan begitu. Pasti kerana dia bermandikan hujan semalam lalu diserang virus demam. Dari kecil lagi dia memang tidak boleh terkena air hujan.Walau kena sedikit pun dia tidak boleh. Kalau boleh Hyemi hanya mahu baring dan berehat. Tapi memikirkan kelas, dia tidak dapat melakukan itu. Sepanjang kelas berjalan, Hyemi langsung tidak dapat untuk menumpukan perhatian tambah-tambah pandangannya juga sedikit kabur. Badannya tiada tenaga untuk mencatat atau menerima semua maklumat dan ilmu yang disampaikan pensyarah di hadapan. Dua tiga kali pensyarah bertanya tentang kesihatannya, namun Hyemi menjawab dia sihat. Hyemi berharap kelas akan tamat awal hari ini, kerana dia mahu cepat-cepat pulang ke asrama untuk merehatkan badan. Keluar saja pensyarah, Hyemi pantas mengemas buku-bukunya dan terus keluar. Kebiasaannya dia yang paling lambat kerana mengemaskinikan nota-notanya.
Reza membaca sambil berjalan menuju ke perpustakaan. Di sana dia ada perbincangan dan kebetulan hari ini dia perlu membentangkan kerjanya. Jadi dia harus membaca dahulu sebelum menerangkannya dihadapan rakan-rakan. Sedang dia khusyuk membaca, dengan tidak semena-mena dia dilanggar dan bukunya terjatuh menyembah lantai.
“ Sorry.” Reza menganggkat wajah melihat orang yang meminta maaf kepadanya.
“ Awak lagi.” Kata Reza mengeluh melihat manusia di hadapannya. Tapi wajah itu kelihatan pucat dan tidak bersemangat seperti setiap kali mereka bertemu.
“ Sorry. Saya nak cepat.” Lemah Hyemi menuturkan kata. Sungguh dia tidak larat untuk bercakap apatah lagi bertelagah dengan manusia di depannya itu. Kenapalah masa ini dia harus berjumpa insan ini. Jika tidak kerana lelaki ini tentu dia tidak berkeadaan seperti ini hari ini.
“ Macam tu je ke? Habis buku saya yang jatuh tu siapa yang nak ambik?” Reza mengesan yang perempuan itu tidak sihat dari suaranya yang lemah dan tidak kasar seperti selalu.
“ Awak ambik sendirilah.” Tutur Hyemi mendatar. Kalau dia tidak demam memang sudah lama ditengkingnya lelaki itu. Ada saja yang menyakitkan hati. Hyemi terasa mahu pitam dan mahu beredar secepat mungkin.
“ Awak yang langgar saya, awaklah yang ambik. Be responsiblelah.” Arah Reza. Hyemi mengalah dan mengambil buku itu kerana tidak mahu berlama di situ. Malangnya sebaik dia menunduk, kepalanya bertambah pening dan sebaik saja dia menghulur buku itu pandangannya terus kelam. Reza yang terkejut pantas menyambut tubuh Hyemi daripada terus jatuh ke atas lantai. Dia yang cemas mengangkat tubuh Hyemi tanpa menghiraukan pandangan orang di sekeliling ke keretanya yang ada berhampiran dan terus memandu ke klinik. Reza dapat melihat wajah Hyemi yang pucat dan suhu badannya juga amat panas. Adakah kerana hujan semalam? Teka Reza dan mula rasa serba salah. Pedal minyak di tekan mahu cepat sampai ke klinik. Perasaan bimbang berputik di hatinya melihat wajah pucat dan tidak bermaya Hyemi di sebelah.
Reza menunggu di luar sementara Hyemi dirawat. Mundar-mandir tidak senang duduk. Perasaan bersalah mengenai pergaduhannya dengan Hyemi semalam menyelubungi diri. Telefon Hyemi berbunyi di dalam beg. Sengaja dia membawa keluar beg Hyemi kerana memikirkan yang pasti akan ada orang menghubungi. Nama Shahrul tertera di skrin.
“ Hello kau kat mane?” Suara cemas Shahrul berada di hujung talian.
“ Hello, Hyemi ada kat klinik. She’s having fever.” Beritahu Reza.
“ Siapa ni?” Tanya Shahrul.
“ I’m Reza I brought her here. Can you come here to pick her up?” Kata Reza. Dia tahu Shahrul pasti akan tertanya-tanya mengapa dia yang menjawab panggilan dan mengapa dia yang membawa Hyemi ke klinik.
“ Kena..”
“ I’ll tell you once you are here.” Reza memotong soalan yang memang dia sudah jangka.
“ Ok. I’ll be there in 10 minute.” Shahrul terus mematikan talian. Reza merenung seketika telefon Hyemi di tangannya. Semalam telefon itu masih elok lagi, tetapi hari ini sudah bergetah. Reza tahu pasti kerana terjatuh semalam. Reza melepaskan nafas berat dan meletakkan semula telefon itu ke dalam beg. Rasa bersalah dan kasihan menjadi satu. Beg Hyemi juga di perhati. Nampak usang. Dia tahu hidup Hyemi pasti tidak sebaik hidupnya yang serba mewah. Pandangannya menyapa sebuah fail yang ada di dalam beg Hyemi dan di keluarkan. Waktu itu, terkeluar sekeping gambar dari celah-celah kertas. Reza mengambilnya dan untuk seketika dia merenung gambar itu. Bagai ada satu tarikan di situ yang membuatnya tidak mahu melepaskan pandangan.
“ Reza.” Tersentak apabila di tegur seseorang, dia pantas menyembunyikan gambar itu. Seorang lelaki berdiri di hadapannya dan dia tahu itu adalah Shahrul.
“ Shahrul?” Shahrul mengangguk.
“ So?” Shahrul meminta penjelasan Reza.
“ Actually I met her in my way to the library. Dia terlanggar saya. And she fainted in front of me.” Jelas Reza. Shahrul mengerutkan dahi. Seperti tidak berpuas hati dengan penjelasan Reza.
“ Jadi kau angkat dia?” Soal Shahrul lebih lanjut.
“ Well… aku cemas masa tu so aku angkat dia masuk kereta and bawak dia ke sini.” Reza mengagak yang Shahrul tidak berpuas hati dari nada suaranya.
“ Aku tak suka kalau kau angkat dia tapi if im in your shoes I would do the same. Anyway thank you sebab bawak dia ke sini.” Shahrul mahu marah tapi di pendamkan kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan. Tambah-tambah kalau Hyemi pengsan di depannya dia juga akan mengangkat Hyemi masuk ke kereta.
“ Ok. Since you are here, aku balik dulu.” Reza mahu berlalu. Lagipun Shahrul boleh membawa Hyemi pulang ke asrama.
“ Ok.”
Duduk salah, bangun pun salah. Reza tidak senang duduk. Entah mengapa fikirannya asyik memikirkan Hyemi sahaja. Lebih-lebih lagi selepas apa ynag berlaku beberapa hari yang lalu. Bagaimana kesihatan dia, Reza ingin tahu. Kelibat Hyemi sudah tidak kelihatan sejak hari itu. Apakah demamnya begitu teruk hingga beberapa hari tidak hadir ke kelas? Macam-macam yang bermain di fikiran Reza. Seringkali dia cuba untuk menghapus ingatannya terhadap Hyemi, namun semakin cuba dihapus, semakin kuat ingatannya. Lebih-lebih lagi setelah melihat sekeping gambar milik Hyemi. Gambar itu masih ada di tangannya. Ada suatu tarikan di sebalik wajah itu. Dia sendiri tidak mengerti. Sesekali apabila terserempak dengan Shahrul, dia teringin ingin bertanya mengenai kesihatan Hyemi, tapi dia tidak mampu. Dari pandangan Shahrul, dia tahu Shahrul tidak menyukainya. Apa sebabnya pun dia tidak pasti.
“ Ish… Why I keep thinking about her? Dia bukan special sangat pun. Biarlah dia sihat ke, tak ke. Bukan ada kena mengena dengan aku.” Reza berbicara sendiri. Ya, dia mesti melupakan gadis itu. Mesti. Reza mengambil bantal dan menekup mukanya. Matanya dipejam rapat.
Dari jauh kelibat Hyemi menyapa pandangannya. Sekiranya diperhatikan, Hyemi berjalan ke arahnya. Langkah Reza mati. Tidak menyangka yang dia akan bertemu semula dengan perempuan itu. Hatinya tidak menentu. Ingin bertanya atau tidak? Separuh hatinya mendesaknya untuk bertanya, separuh lagi menyuruhnya berdiam diri. Dia tidak tahu mana satu yang patut diturutkan. Hyemi semakin dekat dan Reza semakin bingung. Apa yang harus dilakukannya?
“ Awak.” Reza terpana. Hyemi sudah berdiri di sebelahnya. Wajahnya sudah tidak pucat lagi dan dia kelihatan bersemangat.
“ Ada apa?” Jawab Reza. Sombong. Kutuk Hyemi di dalam hati.
“ Thanks.” Ucap Hyemi ikhlas dari hatinya. Shahrul memberitahunya Reza yang membawanya ke hospital sewaktu dia pengsan seminggu yang lalu. Tapi Hyemi masih belum dapat menerima hakikat yang Reza telah membantunya. Dia lebih rela terbaring atas lantai daripada ditolong manusia di depannya ini.
“ Owh…Welcome. Tapi, awak tahu tak sebab awak badan saya sakit-sakit.” Hyemi mengerutkan dahi tidak mengerti maksud Reza. Apa kena mengena dengan aku? Bisik Hyemi di dalam hati.
“ Apa kaitannya dengan saya pulak?”
“ Sebab awak tu berat. Sehari berapa kali awak makan?” Reza senyum sinis sementara darah Hyemi mendidih. Lelaki ini kalau tidak menaikkan darahnya memang tak sah.
“ Ada ke saya suruh awak angkat saya. Ikutkan hati, saya lebih rela tau terbaring daripada awak angkat saya. Eh, saya pun tak inginlah awak tolong saya.” Marah Hyemi geram. Menyesal pula mengucapkan terima kasih kepada lelaki sombong dan cold-hearted ni. Kalau bercakap tak pernah nak menyenangkan hati orang.
“ Saya pun ingat nak tinggalkan awak terbaring macam tu. Tapi tulah…tak sampai hati. Saya ni lelaki. Tak naklah orang kata saya ni lelaki tak bertanggungjawab sebab tinggal perempuan pengsan sorang-sorang. Dahlah jatuh macam cempedak busuk.”
“ What!?” Makin mendidih-didih Hyemi rasakan kemarahannya tika ini. Ringan saja mulut lelaki ini mengutuknya. Rasanya kalau ada cili padi di tangannya waktu ini, dah lama di sumbatkan ke dalam mulut tak berinsuran itu.
“ Erm…oklah.. I still have a lot of things to do. Ah.. Ini Cuma pesanan saya. Kalau boleh, badan tu janganlah berat sangat, nanti suami tak sanggup nak angkat awak.” Sindir Reza sambil menarik senyuman nakal dan berlalu meninggalkan Hyemi yang terbakar seperti ayam panggang. Hyemi menggenggam tangannya bengang. Reza memang menguji tahap kesabarannya. Dendamnya disimpan dalam hati. Lelaki itu mesti di balas. Buat baik baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Pahat Hyemi di dalam hati.
“ One day, you will pay for this.” Ucap Hyemi. Langkahnya di teruskan menuju ke dewan kuliah. Untuk seketika dia melupakan lelaki yang sombong dan bongkak itu. Tidak mahu dia hilang fokus gara-gara lelaki itu. Itu sudah bala namanya.
Bab 8
“ Dah ok dah…”
“ Ye… ibu tak payah risaulah…”
“ Erm… ye…”
“ Ok. Bye assalamualaikum.”
Shahrul hanya memerhatikan dan mendengar perbualan antara Hyemi dan ibunya. Fikirannya menerawang mengingat kembali peristiwa yang berlaku seminggu yang lalu. Reza membawa Hyemi ke klinik apabila Hyemi pengsan. Sewaktu Hyemi menceritakan tentang hari itu, dirasakannya Hyemi seperti sudah lama mengenali Reza. Shahrul juga tahu Reza adalah lelaki yang mereka temui di kampung Hyemi ketika cuti semester yang lepas. Dia mahu bertanya mengenai Reza, tapi melihatkan keadaan Hyemi waktu itu, dia tidak sampai hati.
“ Kau menungkan apa?” Tanya Hyemi. Shahrul tersedar dari lamunannya.
“ Tak ada pape…” Jawab Shahrul.
“ Iyelah tu tak ada pape… Kau teringat kat siapa….” Usik Hyemi.
“ Tak ada siapa-siapalah..” Ujar Shahrul.
“ Huh iyelah tue…” Hyemi mencebik. Bukan dia tak kenal Shahrul. Kalau dah termenung panjang adalah benda ynag difikirkannya.
“ Erm..sebenarnya aku nak tanya kau ni…”
“ Tanya apa?”
“ Pasal Reza.” Pantas Hyemi menutup bukunya sebaik nama Reza disebut. Alergi betul dia kalau nama itu menusuk ke pendengarannya. Silap-silap boleh bernanah telinga.
“ Kenapa dengan dia?” Soal Hyemi sedikit keras.
“ Erm…Dia tu bukan ke lelaki yang baling kau air milo kat kampung dulu?”
“ A’ah…” Jawab Hyemi sepatah. Sumpah dia tidak mahu bercerita panjang tentang lelaki itu.
“ Erm…kau selalu ke jumpe dia kat sini?” Tanya Shahrul lanjut.
“ Selalu jugak…” Nak tak nak Hyemi menjawabnya. Berputik perasaan cemburu di hati Shahrul yang datangnya entah dari mana.
“ Owh yeke… Kau tak pernah story kat aku pun…” Kata Shahrul berjauh hati.
“ Buat apa nak cerita pasal dia. Sombong, bongkak, cold-hearted. Aku benci dengan dia. Kalau sebut nama pun darah aku dah menyirap apatah lagi nak bercerita. Memang tak lah…” Tak semena-mena Hyemi menghamburkan kemarahannya. Darahnya juga dah naik ke lapan puluh darjah celcius. Kalau sampai takat didih memang tak tahulah apa yang jadi.
“ Erm..aku nak tahu je…kalau kau tak nak cerita pun tak apelah…”
“ Memang tak nak pun…”
Alia dan Julia sudah setia menantinya di kafe tempat mereka selalu mengisi perut yang lapar. Hyemi terlambat sedikit kerana pergi menemui pensyarahnya. Pasti mereka sudah lapar kerana menunggunya. Dari wajah mereka saja Hyemi sudah tahu. Hyemi menarik kerusi di depan Alia. Beg dan bukunya di letak di kerusi sebelahnya. Alia dan Julia hanya memerhati sahabatnya itu.
“ Sorrylah wei aku lambat…korang dah lapar sangat ye…” Hyemi memohon maaf atas kelewatannya.
“ Yelah… kau duduk sini…jaga barang-barang kitorang…” Alia mengarah.
“ Yelah-yelah..” Hyemi hanya menurut. Sambil menunggu dia memerhati sekeliling. Hari ini ramai orang yang datang ke kafe. Tidak macam selalu. Mungkin semua orang lapar hari ini. Hyemi membuat kesimpulan. Tiba-tiba pandangannya mati pada seseorang. Macam mana pula dia boleh berada di sini hari ini? Buat hilang selera saja. Sebaik Julia dan Alia kembali dengan membawa makanan, Hyemi tersenyum panjang. Dia menangkap satu idea untuk membalas Reza.
“ Julia aku nak pisang kau boleh. Nanti aku beli yang baru.” Minta Hyemi. Julia mengerutkan dahi.
“ Kau nak buat apa?”
“ Adalah… boleh lah.. nanti aku belikan yang lain…” Rayu Hyemi.
“ Nah. Beli yang lain nanti…” Julia memberi peringatan. Hyemi mengangguk bersungguh-sungguh.
“ Korang tolong tengokkan lelaki yang pakai kemeja merah dengan beg warna biru tu. Kalau dia dah dekat korang cakap tau.” Hyemi meminta bantuan rakannya untuk menjayakan rancangannya.
“ Kau nak buat apa dengan dia?” Alia bertanya tidak faham. Julia mengangguk mengiakan.
“ Adalah…korang tolong tengokkan ye…”
“ Boleh. Tapi nanti kat bilik kau kena cerita pasal dia.” Alia memberi syarat.
“ Ok ok.” Hyemi bersetuju demi untuk menjayakan rancangan jahatnya. Dendamnya mesti di balas. Dia mengupas kulit pisang itu dan memakan isinya.
“ Dekat belum?” Soal Hyemi ingin tahu.
“ Belum. Sabar sikit lagi.” Jawab Julia. Hyemi menunggu dengan penuh kesabaran.
“ Ok cantik.” Alia memberitahu. Sejurus itu Hyemi mencampak kulit pisang yang di pegangannya ke lantai. Lima saat kemudian kedengaran orang terjatuh dan menjerit. Hyemi memandang makhluk yang jatuh disirami makanan dan air di sebelahnya. Ketawanya pecah. Orang yang ada di seliling memandang mereka.
“ Ahahahahahahahaha…” Hyemi ketawa sepuas hatinya. Akhirnya terbalas juga. Reza mengenggam erat tangannya. Dia memandang Hyemi yang sedang ketawa dengan pandangan yang bengis. Baginya perbuatan Hyemi itu sungguh melampau. Perlahan dia bangun.
“ Kesian… mandi nasi ye…” Kata Hyemi penuh sindiran.
“ You’ve cross the line…” Tutur Reza dengan penuh kemarahan. Imejnya tercalar dan dia terasa di hina di perlakuakn begini di depan orang ramai.
“ What line? I don’t see any line here…” Jawab Hyemi selamba. Alia dan Julia yang ada di depannya rasa tidak sedap hati dengan keadaan itu.
“ Awak dah hina saya and awak dah uji tahap kesabaran saya.” Kata Reza dengan keras.
“ Owh yeke…saya tak tahu pulak. Serve you right.” Hyemi menjengilakn matanya membalas kata-kata Reza. Dia tidak mahu kalah dan tidak takut langsung dengan lelaki itu. Secara tidak sedar, Reza mengangkat tangannya. Kata-kata Hyemi itu membuatnya hilang kawalan. Semua orang yang ada di situ terkejut. Hyemi juga. Tapi belum sempat mengenai wajah Hyemi, gerakannya terhenti.
“ Don’t you dare to touch her.” Semua mata terarah kepada Shahrul yang menangkap tangan Reza. Reza pantas menarik tangannya dan menjeling Shahrul tajam dan memandang Hyemi yang menggeletar.
“ I’ll let you go this time.” Reza beredar dengan penuh rasa kemarahan setelah menghabiskan kata-katanya. Hyemi hanya berdiri seperti patung di situ tidak menyangka apa yang telah berlaku. Alia dan Julia juga terpana dengan reaksi Reza. Mereka mendekati Hyemi.
“ Kau tak apa-apa ke?” Soal Julia yang cemas melihat Hyemi yang hanya berdiam diri.
“ Hyemi.” Panggil Alia. Hyemi tidak mengambil perhatian pada rakannya. Dia masih terkejut. Tidak menyangka Reza akan bertindak sebegitu. Semua orang yang ada di kafe itu kembali melakukan kerja mereka semula setelah disuruh Shahrul. Shahrul tidak mahu Hyemi menjadi perhatian.
“ Hyemi.” Alia mengoncang-goncang badan Hyemi yang seperti patung itu. Namun Hyemi tetap begitu. Pandangan Hyemi menangkap beberapa helai kertas yang bertabur di lantai dan telah di cemari kekotoran. Pasti ini kertas kerja Reza. Mungkin sebab ini Reza bertindak seperti itu. Fikir Hyemi. Dia mengutip kertas-kertas itu.
“ Aku bawak dia balik hostel.” Beritahu Shahrul kepada Alia dan Julia. Mereka hanya mengangguk.
“ Aku bawak kau balik hostel.” Hyemi hanya menurut. Lagipun dia memang mahu pulang. Ingin menenangkan fikirannya. Dia masih terkejut dan rasa bersalah kerana dia kertas-kertas yang mungkin penting buat Reza telah kotor gara-gara perbuatannya.
Hyemi merenung kertas-kertas Reza di atas meja. Pasti reza sedang sedih dan marah kerana kertas-kertas ini sudah kotor. Entah-entah dia perlu hantar kertas ini petang tadi. Hyemi membuat andaian. Pasti dia dimarah atau markahnya dipotong sebab tidak menhantarnya pada waktu yang ditetapkan. Hyemi mula rasa tidak sedap hati. Bagaimana dia harus lakukan untuk meminta maaf atas kesalahannya. Tidak menyangka pula kerana perbuatannya itu menyebabkan Reza dimarahi dan dipotong markah kerana tidak menghantar semua kertas-kertas ini. Kalau dia berjumpa Reza dan meminta maaf pasti tidak diterima. Hyemi bingung tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk meminta kemaafan. Semua ini adalah salahnya. Kalau dia tidak membalas dendamnya pasti semua ini tidak akan berlaku. Itulah gara-gara nak buat jahat, dia yang kena tanggung akibat. Hyemi mengetuk-ngetuk kepalanya di meja. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Menyesal kerana berbuat sebegitu kepada Reza. Sekarang pasti dia sedang bkerja keras untuk menyiapkan semula kerja-kerjanya. Orang kata hasil kedua tidak sama dengan hasil pertama. Tentu ada yang tidak lengkap kalau reza membuat semula kerja-kerja ini. Hyemi membuat andaian kesekian kali. Hyemi mengambil semua kertas-kertas itu menuju ke katilnya. Laptopnya yang sudah sedia terbuka dipandang. Akhirnya dia membuat keputusan. Esok dia akan mencari Reza untuk meminta maaf dan memulangkan semua kerja-kerjnya dengan keadaan baik. Hyemi mncapai computer ribanya dan mula menaip.
Hyemi menunggu di luar perpustakaan. Cuaca agak panas hari ini. Nak tunggu di dalam, dia belum tahu samaada Reza akan datang ke sini atau tidak. Jadi dia membuat keputusan untuk menunggu di luar menanti Reza. Dia berfikir Reza akan datang ke perpustakaan hari ini untuk menyiapkan semula kertas kerjanya yang sudah kotor semalam. Kerana itulah dia ada di sini menanti Reza. Langsung dia ingin meminta maaf atas perbuatannya semalam. Hyemi berdoa agar maafnya diterima. Kelibat Reza dapat dilihat dari jauh. Hyemi gembira kerana jangkaannya tepat. Tapi debaran di hatinya makin kuat setelah Reza semakin hampir dengannya. Reza sengaja buat-buat tidak melihat Hyemi yang berdiri di pintu masuk perpustakaan. Marahnya masih belum reda.
“ Awak.” Panggil Hyemi apabila Reza langsung tidak memandangnya. Reza buat tidak peduli dan terus berjalan untuk masuk. Dengan pantas Hyemi menarik beg Reza. Langkah Reza mati. Dia menoleh ke belakang.
“ Dengarlah cakap saya dulu.” Kata Hyemi separuh merayu. Reza mengeluh dan memusingkan badannya menghadap Hyemi.
“ Cepatlah saya ada hal.” Reza acuh tak acuh memenuhi permintaan Hyemi.
“ Saya nak mintak maaf…” Ucap Hyemi mendatar. Tidak berani dia mahu menentang mata Reza yang seprti berapi-api itu.
“ Itu je?” Reza senyum sinis dan mengelang-geleng kepala.
“ Kalau nak cakap itu je baik tak payah. Maaf awak tu tak ada guna.” Reza berpaling dan ingin masuk ke dalam. Tapi Hyemi menarik semula begnya. Sekali lagi langkahnya mati. Dia memandang Hyemi dengan perasaan geram.
“ Apa lagi?” Marah Reza. Hyemi menghulur kertas kepadanya sambil menundukkan wajah. Reza memerhatikan kertas itu.
“ Apa ni?”
“ Saya tau awak takkan maafkan saya. Jadi saya buat balik kerja awak yang kotor semalam.” Terang Hyemi perlahan. Reza semakin tidak mengerti. Kerja?
“ Kerja apa pulak?”
“ Semalam saya nampak kertas awak bertabur kat lantai…” Reza cuba mengingat semula kejadian semalam. Memang betul dia ada hilang beberapa kertas tapi dia tidak ambil peduli kerana semua itu kerja-kerjanya yang tidak jadi. Jangan-jangan….
“ Owh…saya dah ingat…”
“ Awak terima maaf saya kan sebab saya dah buat balik semua ni.” Hati Hyemi penuh harapan. Mujur Reza masih ingat.
“ Rajin betul awak ni. Susah-susah je buat untuk saya. Ok saya terima maaf awak tapi awak simpanlah kerja ni.” Kata Reza. Dalam hati dia sudah tergelak besar.
“ Kenapa awak tak nak kertas ni? Awak tak nak hantar ke?” Hyemi hairan.
“ Kalau awak nak tahu saya tak kisah pasal kerja ni.”
“ Kenapa?”
“ Sebab semua tu saya dah reject and tak nak pakai. Kalau awak nak simpanlah.” Reza berlalu meninggalkan Hyemi yang terpinga-pinga. Susah payah dia meniru setiap patah perkataan yang ada dalam kertas-kertas kotor semalam hingga lewat malam. Rupanya itu adalah rejected paper. Hyemi mengenggam kertas-kertas itu erat dan mencampaknya lalu dipijak-pijak. Geram sungguh dia. Reza yang memerhati tingkahnya dari dalam tertawa. Marahnya hilang sebaik melihat Hyemi begitu. Secara tidak langsung dia dapat membalas semula gadis itu. Setelah Hyemi hilang dari pandangan, Reza naik ke atas dengan tawanya yang masih bersisa.
Bab 9
Reza menekan-nekan remote control mencari-cari siaran di waktu tengah malam yang sunyi sepi itu. Ahli keluarganya yang lain semua sudah pun lena dibuai mimpi. Cuma dia yang sukar untuk melelapkan matanya atas alasan apa pun dia tidak tahu. Bosan. Satu perkataan yang tepat untuk menggambarkan perasaannya tika itu. Tiada langsung siaran yang dapat menarik perhatiannya. Akhirnya siaran cartoon yang dipilih. Cuti di UIA bosan. Cuti di rumah pun bosan. Nak ajak kawan-kawannya pergi berjalan ke Genting atau ke mana-mana yang menarik, tidak ada yang mahu. Dipaksa pun tidak boleh kerana dia faham tidak semua orang hidup serba mencukupi malah terlebih-lebih sepertinya. Wajar saja dia hidup dilimpahi kemewahan kerana bapanya memiliki 16 buah syarikat secara keseluruhannya di dalam dan di luar Negara. Nak pula bapanya sering melakukan kerja-kerja amal yang menarik wartawan-wartawan untuk menulis rencana mengenai bapanya dan ahli keluarganya. Kadang-kadang ada wartawan yang datang ke rumah untuk menemuramah keluarganya. Siapa yang tidak kenal Tan Sri Dato’ Sufian tokoh perniagaan dan keusahawanan. Satu Malaysia mengenali bapa dan seisi keluarganya. Hidup begini juga bosan dan oleh sebab itu dia selalu pulang ke kampung sepupunya. Sesekali merasai bagaimana sesetengah manusia hidup dalam suasana kampung yang selalunya hidup mereka bersederhana dan ada yang tidak mampu. Adakalanya dia teringin benar menjalani hidup yang sebegitu. Pasti indah andai dapat merasai kegembiraan dalam kekurangan. Ingin diutarakan keinginan hati itu kepada orang tuanya, tapi itu tidak mungkin kerana tentu dia akan dimarahi. Sedangkan dia bukan tidak tahu ibunya juga dahulu berasal dari kampung dan hidupnya umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Selepas berkahwin dengan bapanya baru ibu dapat merasai kemewahan. Fitrah manusia mungkin lupa asal usul dan keturunan setelah mendapat sedikit kesenangan yang tidak kekal.
“ Astaghfirullahhallazim…” Reza beristighfar sebaik tersedat yang dia sudah berfikir yang bukan-bukan tentang ibunya. Rasa berdosa membungkus diri. Sanggup dia berfikir sejauh itu mengenai ibunya. Entah-entah ibunya cuma tidak mahu mengingat segala kepayahan yang dirasainya dahulu. Sebab itulah ibunya pantang dan tidak suka apa-apa sahaja yang berkait dengan kampung.
“ Buat apa tengah-tengah malam macam ni kat sini?” Reza menarik kakinya yang dilunjur tadi ke bawah memberi ruang kepada bapanya untuk duduk.
“ Tak ada pape…I just can’t sleep.” Jawab Reza. Bapanya tersenyum.
“ Fikir pasal apa sampai tak boleh tidur?” Reza menjungkit bahu sebagai jawapan.
“ Girl?” Duga bapanya.
“ Nope.”
“ Study?”
“ Nope.”
“ Then what?” Bapanya mengalah.
“ It’s just nothing pa…” Reza tidak mahu bercerita. Dato’ Sufian tersenyum dan mendakap bahu sasa milik anak terunanya itu.
“ Anak papa ni dah besar pandai simpan rahsia…” Reza senyum nipis dengan kata-kata bapanya.
“ Tak adalah pa…memang tak ada pape... Rez tak pernah berahsia dengan papa kan…” Reza memandang wajah bapanya yang murah dengan senyuman itu. Hatinya sejuk dan tenang melihat seraut wajah itu.
“ Papa tahu…kalau Rez tak nak cerita sekarang pun takpe…bila Rez rasa nak cerita papa sedia nak dengar…” Dato’ Sufian tidak mahu memaksa. Dia tahu Reza pasti akan mencarinya bila mana anaknya itu punya masalah. Sejak dari kecil Reza rapat dengannya bebanding isterinya.
“ Thanks pa…kenapa papa tak tidur lagi?” Reza mengubah topik.
“ Erm…dah tidur tapi terbangun. Nak tidur balik tak boleh…” Dato’ Sufian menyandarkan badannya di sofa sambil matanya menonton siaran cartoon di televisyen.
“ Kenapa?”
“ Entah…nasib baik Rez tak tidur lagi boleh kita borak-borak..” Dato’ Sufian menarik senyum.
“ Rez tak kisah…”
Hyemi meminjam basikal Alia mengelilingi UIA untuk menghirup udara segar. Untung Alia ada membawa sebuah basikal ke situ tidaklah dia penat berjalan. Dah menjadi rutin baginya setiap petang sabtu dan ahad menjelajah UIA. Alia dan Julia dipelawa tidak mahu kerana sudah bosan katanya melihat UIA ni. Tapi tidak Hyemi. Bosan atau tak dia tetap menjelajah keliling UIA. Alasannya nanti bila sudah masuk alam pekerjaan pasti dia tidak dapat menjejakkan kaki ke sini lagi. Sejuk dan nyaman rasanya udara yang menyapa tubuhnya yang dibaluti t-shirt dan seluar track hitam. Kalau hujung minggu memang lengang. Mana taknya, semua pakat balik kampung. Tak pun keluar Bandar ramai-ramai menghabiskan duit PTPTN. Sesekali dia ingin juga keluar tapi hendak berjimat sangat punya pasal tidak pernah dia mahu keluar. Kalau keluar pun sebab Shahrul dengan dua sahabat baiknya itu yang paksa. Hyemi mengayuh basikal agak laju memandangkan tiada kereta atau motor yang lalu lalang. Tapi dari mana datangnya sebuah kereta lotus berwarna putih hingga Hyemi tidak perasan muncul di depannya. Sewaktu ingin mengelak handel basikal Alia melanggar cermin sisi kereta dan tertanggal. Hyemi pantas menarik brek kerana terkejut. Pemandu kereta itu juga membrek secara mengejut. Hyemi cepat-cepat turun dari basikalnya dan mendekati kereta itu. Pada waktu yang sama pemilik kereta itu juga keluar dari perut kereta.
“ Macam mana awak bawak basikal tu. Tak ada mata ke?” Suara pemandu kereta itu marah memecah gegendang telinga Hyemi. Sudahlah dia masih terkejut kena marah pula.
“ Saya tak sengaja…” Hanya itu saja yang mampu diucapkan Hyemi. Dalam keadaan itu fikirannya tidak mampu untuk berfikir dengan baik. Tangannya juga masih menggigil. Pemandu kereta itu melepaskan keluhan sebaik melihat Hyemi yang melanggarnya. Timbul sesuatu di fikirannya sebaik melihat Hyemi yang hanya menunduk melihat cermin sisi keretanya yang tertanggal.
“ Tak sengaja? Siapa nak bayar cermin kereta ni?” Reza sengaja. Hyemi yang masih menundukkan wajahnya tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
“ Saya betul-betul mintak maaf…” Ucap Hyemi denagn suara yang bergetar.
“ Maaf? Tch…saya tak peduli saya nak awak bayar ganti rugi calar dan cermin yang tertanggal ni.” Arah Reza dengan nada yang tinggi. Mendengarkan itu Hyemi tidak dapat menahan air matanya. Pergelangan tangan kirinya juga terasa sakit kerana terseliuh tambah di marah dan perlu membayar ganti rugi.
“ Tapi…”
“ Tak ada tapi-tapi lagi. Saya nak awak bayar by hook or by crook.” Desak Reza lagi.
“ Saya tak ada duit sekarang ni…” Hyemi mengangkat wajahnya. Lidahnya terus kelu melihat Reza berdiri di depannya.
“ Kenapa?” Soal Reza melihatkan reaksi Hyemi yang seperti terkejut melihatnya.
“ Esok saya bagi duit kat awak.” Hyemi memusingkan badannya untuk pergi dari situ. Tidak mahu dia berlama dengan lelaki itu. Reza hanya memandang Hyemi belalu pergi. Tapi dia pelik melihat gadis itu yang asyik memegang pergelangan tangan kirinya. Reza pantas mendapatkan Hyemi.
“ Apa ni?” Marah Hyemi lalu menarik tangannya. Reza tidak peduli dengan kemarahan Hyemi. Dia dapat melihat pergelangan tangan gadis itu yang sedikit kebiruan. Dia menarik semula tangan Hyemi.
“ Awak luka ni.” Beritahu Reza.
“ Apa kena mengena dengan awak pulak?” Hyemi sekali lagi menarik tangannya tidak suka disentuh Reza. Tidak pernah ada lelaki yang menyentuhnya melainkan lelaki yang di depannya itu.
“ Kita pergi klinik.” Reza cepat menarik Hyemi pergi ke keretanya.
“ Apa ni? Lepaslah!” Hyemi meronta untuk melepaskan dirinya. Reza buat tidak peduli. Dia membuka pintu tempat duduk pemandu.
“ Masuk.” Arah Reza.
“ Tak nak.” Hyemi berdegil. Tadi dia di marahi tapi sekarang mahu menolong pula.
“ Saya kata naik, naiklah!” Reza meninggikan suaranya marah dengan kedegilan Hyemi. Tersentak Hyemi dibuatnya. Perlahan-lahan Hyemi masuk ke kereta.
“ Basikal.”
“ Biar je. Bukan ada orang nak ambik pun.” Hyemi tidak berani untuk berkata apa- melihat riak muka Reza. Masam mencuka campur marah. Kenapa pulak nak marah aku tak nak pergi klinik? Kehairanan bermain di fikiran Hyemi. Kalau ditanya nanti pasti dimarahi lagi. Sesekali anak mata Hyemi melirik memandang Reza. Masih Tidak berubah riaknya sejak dari tadi. Marah sangat agaknya. Fikir Hyemi.
“ Lepas ni ikut saya pergi betulkan cermin kereta ni.” Reza memberi arahan. Serta-merta Hyemi memusing kepalanya memandang tepat ke muka Reza.
“ Sekarang saya mana ada duit nak bayar cermin kereta tu.” Kata Hyemi sedikit geram.
“ Itu masalah awak.” Balas Reza selamba.
“ Apa awak cakap? Awak ni memang tak berhati perut.” Luah Hyemi.
“ Perut saya memang tak ada hati pun.” Hyemi melepaskan nafas keras geram dengan ucapan Reza itu. Menyakitkan hati betul.
“ Tangan awak tu sakit lagi tak?” Soal Reza. Hyemi mencebik. Sibuk-sibuk tanya tangan orang buat apa? Marah Hyemi dalam hati.
“ None of your business.” Jawab Hyemi.
“ Ok.” Sepatah saja jawapan yang keluar dari mulut Reza menambahkan lagi sakit di hati Hyemi. Cold-hearted sungguh manusia di sebelahnya itu. Hyemi menjeling Reza dengan jelingan maut. Kalau boleh mahu saja di luku kepalanya. Biar padan dengan mukanya. Tak habis-habis nak menyakitkan hati orang.
Bab 10
“ Berapa?”
“ Seribu ringgit.” Macam nak jatuh rahang Hyemi tika perkataan seribu itu masuk ke pendengaran telinganya. Manalah dia ada duit sebanyak itu sekarang ini. Kalau di selongkar beg duitnya sekalipun takkan ada duit sebanyak itu. Setakat tiga puluh, lima puluh adalah. Yang Reza ni pun satu. Setakat cermin sisi buat apa nak yang mahal-mahal. Tahulah kaya. Hyemi membebel dalam hati.
“ Err…sekejap ye.” Hyemi senyum pahit dan member isyarat mata kepada Reza untuk mengikutnya.
“ Kenapa?” Tanya Reza tanpa rasa bersalah. Kalau ada pisau memang dah di tikam-tikam manusia itu.
“ Saya tak ada duitlah nak bayar.” Kata Hyemi separuh berbisik tidak mahu di dengari oleh mechanic yang membaiki cermin kereta Reza tadi.
“ Like I said before, it’s not my problem…” Reza menjungkit bahu.
“ Awak bayarlah dulu..nanti saya bayar balik.” Jamin Hyemi. Kalau semakin lama dia berbincang dengan lelaki cold-hearted depannya ini memnag akan mengundang pergaduhan. Reza menggosok-gosok dagunya mempertimbangkan kata-kata Hyemi. Setelah beberapa saat dia mengoyak senyum.
“ Ok… tapi saya tak nak awak bayar pakai cash.” Setuju Reza dan Hyemi mengerutkan dahi.
“ Habis tue..pakai cek?”
“ Nope. You’ll see.” Reza menarik senyum yang penuh dengan misteri lalu kepada Hyemi lalu pergi untuk melunaskan bayaran. Debaran terasa tiba-tiba di hati Hyemi sebaik melihat senyuman Reza itu. Entah apa pula rancangannya selepas ini. Malas mahu berfikir, Hyemi mengikuti langkah Reza dari belakang. Yang penting bayaran dibuat oleh Reza hari ini. Tak payahlah dia memerah otak mencari cara untuk mendapatkan wang dalam masa yang singkat.
Reza mengetuk-ngetuk jarinya di meja. Perutnya sudah lapar benar sejak dari pukul sebelas pagi tadi. Mana tidaknya, pagi tadi dia terlewat jaga dari tidur dan hampir-hampir tidak dibenarkan untuk masuk ke kelas. Mujur dengan modal muka kasihannya, lecturer membenarkan dia masuk juga dan kerana itu dia terlepas waktu sarapan yang selalu tidak dia lupakan kerana berkejar ke kelas.
“ Nah!” Sepinggan nasi dengan beberapa lauk dihidangkan agak kasar dihadapannya. Reza memandang orang yang berdiri di sebelahnya.
“ Kasar betul. Letak elok-elok sikit, tak boleh?” Ucap Reza sambil menolak pinggan itu. Hyemi mengetap bibir.
“ Encik Reza, makanan dah sampai… Makanlah…” Hyemi meletakkan semula pinggan dihadapan Reza dengan sopan disulami kata-kata yang lembut. Dalam hati, mahu saja dia menelangkupkan pinggan itu di kepala Reza.
“ Thanks. Air tak ada?” Tanya Reza sambil mencari-cari air.
“ Sekejap ye, saya pergi beli.” Kata Hyemi sambil menjengilkan matanya. Mahu di tumbuk saja rasanya muka Reza biar cacat sementara. Rupanya inilah rancangan Reza memintanya tidak perlu membayar secara cash. Rupanya mahu menjadikannya sebagai pelayan atau secara klasiknya dayang. Kalau Reza mahu makan, dia yang akan pergi beli. Kalau mahu menaip assignment dia yang akan menaip dan paling dia tak suka ialah dia perlu menggosok dan membasuh pakaian lelaki heartless itu. Dalam masa sebulan dia perlu melakukan semua kerja-kerja itu secara paksaan. Bayar secara cash seribu ringgit itu lebih baik. Biarlah terbang seribu ringgit daripada melayan manusia cold-hearted itu. Mahu sakit jiwa di buatnya. Ada saja tidak kena. Malang sungguh siapa yang menjadi isterinya. Cerewet mengalahkan mak nenek.
Shahrul menunggu Hyemi di pintu pagar Mahallah Aisyah. Sejak dua tiga hari ini susah betul untuk bertemu Hyemi. Entah apa yang di sibukkan pun dia tidak tahu. Menaglahkan perdana menteri. Setiap kali terserempak dan ingin berbual, pasti Hyemi akan tergesa-gesa utuk pergi. Bial ditanya kenapa, tidak pula dijawab Hyemi. Jika ditelefon pun jarang dijawab. Kalau dijawab sekalipun Hyemi akan mengatakan dia sibuk, dan tiada masa untuk berborak. Di kelas silat pula, Hyemi berada di kelas lain dan dia di kelas lain. Memang susah benar untuk berkomunikasi. Jauh di sudut hati dia rindu untuk berbual dan bergurau senda dengan gadis itu. Biarpun Hyemi tidak selembut dan sesopan seperti perempuan lain, namun tetap ada tarikannya tersendiri. Jam polo yang menghiasi pergelangan tangannya di kerling. Waktu sebegini sepatutnya Hyemi sudah pulang ke Mahallah tapi sampai sekarang bayangnya tidak kelihatan. Ke mana pula dia pergi? Shahrul bertanya sendiri. Dalam dia tertanya-tanya, dia napak dari jauh Alia dan Julia berjalan ingin memasuki kawasan Mahallah. Cepat-cepat dia turun dari kereta.
“ Alia! Julia!” Panggil Shahrul. Alia dan Julia melambaikan tangan dan berjalan menuju ke arahnya.
“ Kau buat apa kat sini? Tunggu Hyemi ea?” Soal Alia.
“ A’ah. Dia ke mana?”
“ Pergi jumpa Reza” Beritahu Julia. Serentak itu Alia menyiku bahu Julia. Pantas Julia tersedar dan menutup mulutnya. Shahrul yang melihat gelagat mereka pelik dan semakin pelik sebaik mendengar yang Hyemi pergi bertemu Reza. Atas tujuan apa?
“ Jumpa Reza buat apa?” Alia dan Julia berpandangn sesama sendiri.
“ Tak ada apa-apa. Ada hal sikit dia pergi jumpa Reza.” Alia cuba untuk menutup kebenaran.
“ Hal apa?” Shahrul bertanya lanjut ingin mengetahui kisah yang sebenarnya. Pasti ada yang disembunyikan dari pengetahuannya. Melihat dari tingkah dua sahabat Hyemi yang serba tidak kena itu dia dapat mengagak.
“ Erm…well kitorang pun tak berani nak bagitahu kat kau. Tanya Hyemi sendirilah.” Alia semakin tidak menentu. Serba salah pula. Dia dan Julia telah berjanji kepada Hyemi untuk tidak bercerita apa-apa kepada Shahrul.
“ Wait, wait… kenapa pulak korang tak boleh nak cerita kat aku? There must be something…” Teka Shahrul yang nyata tekaannya memang benar. Ada yang disembunyikan daripada pengetahuaanya. Walau macam mana sekalipun dia mahu tahu hari ini dan saat ini juga. Nak suruh Hyemi menceritakan yang sebenar? Memang tunggu sampai seratus tahun pun belum tentu ceritu itu benar. Bukan dia tidak tahu Hyeni itu kuat berahsia. Cuma pada orang-orang yang tertentu saja Hyemi akan membuka cerita.
“ Kitorang dah janji dengan Hyemi tak boleh cerita hal ni kat kau.” Beritahu Julia mendatar.
“ Korang cerita kat aku and aku promise tak bagitahu Hyemi.” Jamin Shahrul. Alia dan Julia berpandangan sesama sendiri. Sukar untuk membuat keputusan.
“ Please… I need to know what had happended actually.” Shahrul sedikit merayu. Semakin bersalah Alia dan Julia dibuatnya.
“ Oklah. Tapi janji jangan bagitahu Hyemi. Nanti dia marah.” Pohon Alia. Bimbang jika Hyemi marah sekirannya mendapat tahu dia dan Julia telah memungkiri janji.
“ Aku janji.”
Shahrul memberi sepenuh perhatiannya kepada cerita yang disampaikan Alia dan Julia. Sesekali dahinya berkerut dan ada ketikanya dia meluahkan rasa tidak puas hati. Perasaannya juga bercampur baur tatkala kebenaran menjadi halwa telinga. Marah, cemburu, sakit hati bergabung menjadi satu.
Laju jari-jemari Hyemi bermain di keyboard computer ribanya. Hari ini dia perlu menyiapkan assingmentnya sebelum dibuli Reza. Bila Reza dah mula membuka mulut memberi arahan, memang takkan siap semua kerjanya. Hatinya amat sebal setiap kali mendengar arahan daripada Reza. Kadang-kadang arahannya langsung tidak masuk akal. Ingin saja dia melawan jika tidak mengenangkan hutang kepada lelaki itu. Bila difikirkan balik, amatlah dia menyesal kerana berjanji untuk membayar ganti rugi cermin sisi kereta lelaki heartless itu. Hidupnya pasti tidak huru-hara sekarang ini. Dirinya sudah seperti orang gaji cuma bezanya orang gaji di universiti bukan di rumah. Kalau jadi orang gaji di rumah lelaki itu pasti lagi teruk dia diperlakukan. Agaknya dah banyak orang gaji yang lari dari rumah dia… Hyemi membuat andaian di dalam hati.
“ Khusyuk nampak….” Hyemi mengalihkan pandangannya kepada Shahrul dan menarik senyum segaris. Sudah lama dia tidak bertemu dengan sahabat baiknya yang seorang ini.
“ Hye Shahrul… lama tak nampak kau…” Shahrul menarik senyum.
“ Mana nak nampak aku. Kau tu busy memanjang…” Perli Shahrul sambil menjeling. Hyemi tergelak kecil.
“ Soryla Shahrul… Lately banyak pulak kerja aku kena siapkan.” Hyemi terasa bersalah tiba-tiba kerana menyembunyikan hal yang sebenar dari Shahrul.
“ Takkan sampai tak ada masa nak angkat call aku.” Shahrul mula melancarkan serangan. Hari ini dia mahu Hyemi bercerita apa yang sebenarnya sudah berlaku walaupun hakikatnya dia sudah mengetahui. Cuma dia mahu mendengarnya dari mulut Hyemi sendiri. Hyemi diam sejenak mencari jawapan.
“ Erm… sorylah masa kau call aku, aku tengah sibuk siapkan assignment.” Selindung Hyemi. Walhal setiap kali dia dihubungi Shahrul, dia sedang sibuk menggosok dan membasuh baju Reza.
“ Yela tue… Time lunch pun takkan kau busy jugak?” Serang Shahrul lagi.
“ Yup. Aku hari-hari tak lunch tau sebab nak siapkan assignment. Yang kat depan mata ni pun tak siap lagi nak kena hantar hari ni.” Hyemi mengalihkan pandangannya pada computer riba di depan mata. Tak berani menentang mata Shahrul.
“ You’re lying.” Kata Shahrul seius dan keras membuat Hyemi tersentak.
“ Kenapa kau cakap macam tu?” Hyemi berpura-pura tidak tahu. Debaran di dadanya kencang. Bimbang jika Shahrul sudah mengetahui hal yang sebenar.
“ Come on Hyemi. Aku dah lama kenal kau la…”
“ Tak fahamlah... Apa kau cakap ni?” Hyemi berdalih lagi. Sungguh dia tidak mahu bercerita apa-apa pada Shahrul.
“ Sebenarnya kau bukan busy sebab assignment kan?” Debaran di hati Hyemi semakin kuat. Apa betulkah Shahrul memang sudah tahu?
“ Betullah sebab assingment. Kalau tak aku nak busy sebab apa lagi…” Tajam anak mata Shahrul menikam wajah Hyemi. Takut Hyemi ingin menentangnya.
“ Sebab Re..” Belum sempat ayat Shahrul menemui titik noktah, telefon Hyemi bergetar. Melihat nama Reza yang terpampang di skrin, Hyemi pantas menjawab tidak mahu Shahrul melihatnnya.
“ Hello.” Hyemi berkata separuh berbisik.
“ Dekat mana?” Tanya Reza.
“ Library. Awak nak apa?”
“ Nak awak datang sinilah. Tolong saya taip assingment.”
“ Awak bukan ada kelas ke sekarang?”
“ Nope. Cepat datang tempat biasa now!” Reza terus memutuskan talian. Hyemi menyimpan telefonnya ke dalam beg. Shahrul hanya memerhatikan tingkah Hyemi. Dia tahu Reza yang menghubungi.
“ Sorry Shahrul. Aku ada hal lah.” Hyemi mengemas barang-barangnya. Dalam hati dia rasa sedikit lega kerana dia tidak perlu berlama-lama di sini untuk menjawab setiap soalan yang diutarakan Shahrul.
“ Aku ikut.”
“ Eh, tak payah! Nak buat apa kau ikut aku?” Cemas Hyemi dibuatnya.
“ Saja. Aku boring. Lagipun aku bukan ada kelas sekarang.”
“ Tak payah. Kau duduk la kat sini je. Baca buku kalau boring ok? Bye aku pergi dulu.” Hyemi cepat-cepat mengambil begnya dan terus keluar. Bala namanya kalau Shahrul ikut dia bersama. Memang tidak mungkin sama sekali dia membawa Shahrul untuk bertemu Reza.Shahrul mengikut langkah Hyemi selang beberapa minit. Dia pasti Hyemi ingin pergi menemui Reza. Dia mahu melihat sendiri dengan mata kepalanya kerana ingin memastikan kebenaran pada cerita yang disampaikan Alia dan Julia kepadanya.
