Monday, 14 November 2011

Satu Rasa Cinta 2,3

Bab 2
            Shahrul menghantar sms kepada Hyemi untuk mengajaknya makan tengah hari bersama. Jom makan sama.. Agak lama Shahrul menunggu balasan daripada Hyemi. Mungkinkah dia belum habis kelas lagi? Tapi jam sudah menunjukkan pukul 1 petang. Sepatutnya waktu begini semua kelas sudah tamat. Shahrul pantas membuka inboxnya apabila telefonnya berbunyi. Sorry tadi pergi jumpa madam. Nak makan kat mana? Shahrul senyum panjang apabila Hyemi bersetuju. Kat kafe biasa… aku tunggu kat situ. Shahrul cepat-cepat pergi ke tempat mereka biasa menjamu makanan tengah hari. Nampak saja tempat kosong dia terus duduk. Untuk seketika dia menunggu Hyemi. Dari jauh dia melihat Hyemi berjalan ke arahnya. Nampaknya Hyemi tidak sendirian. Dua orang sahabatnya ada bersama.
            “ Lama ke tunggu?” Hyemi menarik kerusi di hadapan Shahrul. Sahabatnya yang lain duduk di kiri dan kanan Hyemi. Yang sebelah kanan namanya Julia dan yang kiri Alia. Mereka bertiga satu bilik dan satu kelas sebab itulah selalu bersama. Shahrul juga pernah sekelas dengan mereka sewaktu di Nilai dulu.
            “ Taklah… Baru je sampai ni.”
            “ Sorrylah tadi pergi jumpa Mad Rozita.” Hyemi meminta maaf untuk kedua kalinya. Bukan apa dia kasihan dengan Shahrul kerana menunggunya.
            “ Not a big deal… Korang bertiga pergi sekali ke?”
            “ Tak… tadi aku dengan Julia nak pergi balik bilik and terserempak dengan Hyemi. Lepas tu Hyemi ajak makan. Tu yang menyemak kat sini. Kau tak kisahkan?” Jawab Alia berbaur kurang senang andai dirinya dan Julia mengganggu mereka berdua.
            “ Tak kisah la.. Asal kau tanya macam tu?” Shahrul agak tidak faham dengan soalan Alia. Hyemi di sebelah juga tidak mengerti maksud sahabatnya itu.
            “ Ala saja pulak buat tak faham.” Alia berbalas senyum dengan Julia. Dari senyuman mereka, Hyemi dan Shahrul tahu ada sesuatu. Tapi susah untuk di tafsirkan.
            “ Apa korang ni?” Hyemi memuntahkan soalan kerana dia benar-benar tidak mengerti.
            “ Tak ada apalah. Jomlah pergi beli makanan lapar giler dah ni..” Julia pantas bangun untuk mengelak dari menjawab soalan Hyemi. Lagipun perut dia memang dah lapar sangat.
            “ Alia?” Hyemi menyoal Alia pula.
            “ Aduh! Sakit perut aku. Dah lapar sangat ni.. Cepatlah jom beli makanan.” Alia juga  sama seperti Julia. Dia berlari-lari anak mendapatkan Julia. Tinggallah Shahrul dan Hyemi yang kebingungan. Sampai ke bilik Hyemi bertanyakan soalan yang sama kepada Julia dan Alia tapi mereka sering saja mengelak. Lama-lama Hyemi malas untuk bertanya lagi kerana buang masa dan air liur saja. Mereka kalau dah berahsia memang akan menyimpannya seketat yang mungkin. Cuma kalau pandai korek pasti akan dapat tahu.

            Minggu study week hampir menjelma. Waktu macam ini Hyemi memang takkan duduk diam. Ada saja yang ingin di uruskan. Yelah kalau dah namanya study week maknanya kerja akan bertambah tiga kali ganda banyaknya. Kalau tengok balik orang lain tak pulak sibuk macam dia. Hari-hari menjelajah UIA Gombak tanpa jemu. Tapi itu secara fizikal. Mental tak siapa yang tahu. Naik juling matanya hari-hari tengok tempat yang sama. Apa-apa pun Hyemi tidak merungut sedikitpun. Biarlah kerja bertimbun banyak mana sekalipun. Baginya itu adalah satu tanggungjawab yang harus dipikul. Biasalah nama pun student masa inilah nak penat-penat. Nanti bila dah melangkah satu lagi fasa taklah terkejut sangat. Alam pekerjaan kalua nak dikira lagi memenatkan. Nak jumpa rumah pun susah agaknya. Mana taknya, pergi kerja pukul lapan balik dah pukul enam atau tujuh. Itupun kalau tak overtime. Belum tambah denagn appointment sana sini. Membayangkannya pun dah penat apatah lagi nak menghadapinya. Jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan.
            Masuk saja ke dalam bilik, Hyemi mencampak begnya di atas meja belajar. Nasib baik hari ini tidak terlalu banyak benda yang nak di buat. Bolehlah kiranya dia tidur puas-puas. Nak pulak esok dah mula study week jadi adalah juga masa nak di luangkan matanya. Hyemi baring di atas katil dan memejamkan matanya. Untuk beberapa saat dia menikmati nikmat yang ada.
            “ Hoi cik kak!” Julia melompat duduk atas katil Hyemi. Lantas Hyemi tersentak. Dadanya bagai nak gugur mendengar sergahan rakannya itu.
            “ Kau ni gila ke apa?” Marah Hyemi. Mana taknya. Dahlah susah nak dapat peluang macam ini diganggu pula.
            “ La marah pulak dia…” Julia rasa tidak puas hati di marahi. Niat nak bergurau tiba-tiba kena marah pula. Hangin tak tentu pasal pulak Hyemi ni.
            “ Memanglah aku marah. Kau nak bunuh aku ke? Di buatnya roh aku tak masuk dalam badan aku balik macam mana?” Hyemi memuntahkan kemarahan. Memang cukup pantang dia kalau sedang tidur dikacau. Julia sengih seperti kerang busuk apabila sedar kesilapannya. Memang patut kena marah pun. Tak pasal-pasal hilang kawan sebab main sergah-sergah salah time.
            “ Ehe… Sorrylah babe… Janganlah marah aku terlupa pulak tadi. Aku just nak main je. Yelah nak tengok kau dalam bilik ni dahlah susah Alia pulak tidur memanjang. So aku takda teman nak gurau-gurau. Sorrylah jangan marah…”  Terang Julia dalam nada sedikit kesedihan. Hyemi terasa bersalah pula memarahi sahabatnya itu.
            “ Ok, aku maafkan. Aku pun tak patut marah kau macam tu. Im just tired and need some rest. Sorry jugak.” Hyemi memeluk Julia untuk memujuknya. Kasihan pula melihat Julia yang tertunduk membilang jari.
            “ Takpelah. Kau rehatlah. Aku tak nak kacau.” Julia ingin bangun dan beredar masuk ke biliknya Tetapi Hyemi pantas menyambar pergelangan tangannya.
            “ Janganlah merajuk. Sorrylah. Duduklah sini kita borak-borak.” Pujuk Hyemi lagi. Perasaan bersalahnya menggunung tinggi melihat Julia mahu beredar dari biliknya.
            “ Aku tak nak kacau kau rehat.”
            “ Kalau macam tue tidur kat sini dengan aku ye ye  ye ye?” Hyemi menarik-narik tangan Julia. Lama Julia diam dan akhirnya baring di sebelah Hyemi.
            “ Apa lagi jomlah tidur.” Julia senyum panjang.
            “ Yeah!!!” jerit Hyemi penuh keriangan kerana berjaya memujuk Julia. Sebelum tidur sempat mereka berguling-guling bergurau senda dan akhirnya tertidur tanpa mereka sedar sehinggalah Alia mengejutkan mereka kerana maghrib hampir menjelma.

            Nak menunggu habis peperiksaan memang memenatkan dan memeningkan kepala. Yelah bila dah namanya final exam tentu belajar pun kena overtime. Lainlah kalau siapa ynag punya otak macam Albert Einstein tak payah baca buku pun tidak apa. Pejam mata pun boleh jawab. Hari ini hari terakhir Hyemi dan rakan-rakannya menghadapi peperiksaan. Mereka berharap setelah mereka bertungkus lumus menahan mata daripada tidur, mereka boleh menjawab dengan baik hari ini. Agaknya habis bekalan kopi mereka di bilik kerana semuanya dah dibaham mereka sepanjang malam semalam. Masuk saja ke dalam dewan, Hyemi membaca doa sebanyak mungkin berharap agar dipermudahkan semuanya. Dia sentiasa ingat pesan pensyarah subjek akaunnya supaya membaca surah insyirah hingga mereka semua dibenarkan menjawab. Sebaik saja dibenarkan menjawab Hyemi tidak membuang masa dan terus membuka kertas soalan yang ada di depan mata.

            “ Hyemi!” Laung Shahrul dari jauh. Hyemi menoleh ke arah suara Lantang Shahrul lalu membalas lambaian tangan Shahrul. Berlari-lari anak Shahrul mendapatkannya.
            “ Ada apa?” Tanya Hyemi.
            “ Kau balek kampung bila?”
            “ Erm… Rabu ni. Nape?” Shahrul tersenyum mendengar jawapan Hyemi. Hairan Hyemi melihat Shahrul yang tersengih.
            “ Aku nak ikut boleh?” Shahrul menyampaikan hajatnya.
            “ What? Are you kidding me?” Hyemi seakan tidak percaya. Shahrul nak pergi kampung. Ini mimpi atau realiti?
            “ I’m serius okay… Please take me with you…” Rayu Shahrul. Dia memang ingin benar pulang ke kampung Hyemi. Tiba-tiba tawa Hyemi  meletup. Satu kenyataan yang amat menggelikan hatinya.
            “ Asal kau gelak pulak ni?” Shahrul tidak puas hati dirinya ditertawakan. Tentu-tentu Hyemi mentertawakannya. Ketawa mengejek la tu.
            “ Kau boleh tahan ke? Nanti banyak pulak komen kau.” Kata Hyemi dalam ketawanya yang masih berbaki. Shahrul mencebik dan menjeling Hyemi. Memang dah sah Hyemi mengejeknya.
            “ Ala kali ni aku dah okay la. Kau takkan dengar aku komen itu ini.” Kata Shahrul dengan yakin. Kali pertama Shahrul ikut Hyemi pulang ke kampung mulutnya tidak berhenti merungut itu ini. Nyamuk banyaklah, panaslah, berhabuklah dan macam-macam lagi yang tak menyenangkan hatinya. Maklumlah baru pertama kali masuk ke kampung semua serba tak kena. Selama ini dia tidak pernah pulang mana-mana kampung pun atau dalam kata lain tidak punya kampung. Anak jati Kuala Lumpur. Nenek dan datuknya pun duduk di Kuala Lumpur apatah lagi saudara-maranya. Bila dah masuk kampung macam cacing kepanasan.
            “ Betul? Kalau mulut kau becok tak reti nak diam aku suruh kau balek dan-dan tu jugak.” Hyemi mengenakan syarat kepada Shahrul.
            “ ok ok aku setuju. Nanti hari rabu aku ambik kau tau.” Tanpa berfikir panjang Shahrul besetuju. Tak sabar nak pulang bersama Hyemi.
            “ Fuhh… selamat duit aku.” Hyemi melepasakan kelegaan. Balik kampung selalunya dia perlu  naik KTM dan bas. Kali ini ada Shahrul yang mahu pulang bersama. Jimat sikit duitnya. Hyemi senyum dengan penuh gembira.

            Waktu yang dijanjikan telah tiba.  Hyemi dan Shahrul bergerak pulang ke kampung tepat jam Sembilan pagi. Saja nak  balek awal sebab nak lepas duit makan tengah hari. Lagipun Hyemi memang dah rindu sangat nak makan masakan ibunya. Sampai tak tidur malam dia membayangkan keenakan makanan hasil tangan ibunya. Cakaplah makanan apa pun semua ibunya tahu cara nak buat. Ibu kata masak senang. Campak jela semua bahan mesti jadi. Tapi dia buat tak pernah menjadi pun. Lama-lama malas Hyemi nak masak. Semua ibu sahaja yang masak. Macam manalah nak kahwin Hyemi oi… Monolog Hyemi dalam hati. Ibu sedang menyapu laman ketika Hyemi dan Shahrul sampai ke rumah. Berkerut juga dahi ibu nak mengenali milik siapakah kereta yang masuk ke halaman rumah. Sehingga Hyemi keluar kereta pun ibu masih berkerut.
            “ Balik dengan siapa ni?” Soal Puan Khalijah apabila Hyemi menyalami tangannya.
            “ Shahrul.” Jawab Hyemi sepatah. Shahrul mendekati mereka dan menyalami tangan Puan Khalijah.
            “ Mak cik dah tak kenal saya ke?” Tanya Shahrul tentang dirinya kepada Puan Khalijah.
            “ Dia pernah datang sekali dulu ibu. Shahrul yang mulut becok tu…” Hyemi membantu ibunya mengingati Shahrul. Seketika kemudian Puan Khalijah tersenyum.
            “ Oh… yang tak tahan nyamuk tu… Ibu ingat..”
            “ Ish mak cik janganlah cakap macam tu.” Ujar Shahrul malu.
            “ Maaflah mak cik tak berapa nak ingat tadi. Lama tak datang takut nyamuk ke?”  Puan Khalijah sedikit menyindir. Shahrul tersenyum kelat. Nampak sangat dulu dia memang janggal sangat dengan kampung.
            “ Takda lah mak cik… Sampai hati mak cik sindir saya macam tu… Saya balek la macam ni..” Kata Shahrul separuh merajuk. Hyemi dan ibunya hanya tertawa melihat Shahrul.
            “ Mak cik gurau je. Jomlah masuk. Nyamuk dah tak ade…” Puan Khalijah sengaja mengusik Shahrul sekali lagi. Hyemi ketawa.
            “ Mak cik…”

Petang itu Hyemi dan Shahrul bersiar-siar. Awalnya Shahrul ingin menaiki kereta tapi Hyemi berkeras nak berjalan kaki. Tapi memang tak logik pun nak berjalan-jalan naik kereta. Mana ada orang dalam kampung nak berjalan-jalan naik kereta. Langsung tak menikmati pemandangan. Shahrul ni kalau kosong sangat pasal kampung tak payahlah tunjuk sangat. Gumam Hyemi dalam hati. Nak cakap straight nanti tarik muncung pulak. Nak naik motor tapi tak mungkin dia naik motor berdua dengan lelaki. Nanti apa pula kata orang. Sudahlah tiada pertalian darah naik motor pula tu. Kalau dengan saudara sendiri tak kisahlah sangat. Pilihan yang tinggal ialah jalan kaki. Banyak mata yang memandang tapi Hyemi hanya buat tidak peduli. Bukan salah pun mereka berjalan berdua. Tak pegang tangan pun. Biasalah hidup di kampung perkara yang kecil pun boleh jadi besar. Hari ini dapat berita malam itu jugak satu kampung dah tahu. Sebab itu ibu selalu pesan jaga pergaulan. Mulut orang bukan kita boleh tutup. Orang itu sendiri yang kena tutup.
            “ Kenapa orang pandang kita pelik?” Shahrul meluahkan perasaan tidak senang. Dia perasan banyak mata yang memandang mereka buat dia tidak senang.
            “ Buat bodoh je.” Jawab Hyemi pendek.
            “ Tak selesa la… Baik naik kereta tadi.” Shahrul mengungkit. Hyemi menjeling geram.
            “ Kalau naik kereta bukan jalan-jalan namanya. Baik tak yah jalan-jalan kalau macam tu.” Hyemi mula nak marah lagi.
            “ Tak de lah… semua orang pandang lain macam tengok kita berdua.” Rungut Shahrul sambil memandang sekeliling. Ada yang pandang macam nak telan orang. Shahrul menelan air liur. Kalau di Kuala Lumpur tidak ada orang nak pandang macam ni. Kampung….
“ Biar jelah. Bukan kita buat salah pun Orang kampung memang macam ni.” Kata Hyemi. Shahrul tidak mengerti sepenuhnya maksud Hyemi.
            “ Erk?”
              Iye… Kau ni memang kena duduk kampungla biar faham sikit gaya kehidupan orang kampung.” Shahrul hanya tersengih mendengar kata-kata Hyemi.
            “ Bagus jugak idea kau tu. Kau pun tahu aku dari kecik tak pernah duk kampung. So sebab tu la aku tak berapa nak tahu. Kalau KL biasa je kalau orang jalan berdua.”
            “ Bukan tak berapa nak tahu, tapi zero. Haram satu pun tak tahu.KL lain sini lain Kalau kat sana orang duduk berdua pegang tangan kat tempat awam macam ni pun orang pejam mata.” Kutuk Hyemi depan-depan Shahrul Biar padan muka. Satu benda pun dia tak tahu pasal kampung. Tulah namaya orang Bandar. Tak pasal-pasal jadi cikgu pulak dia hari ini.
            “ Amboi sedap je kau kutuk aku. Apa teruk sangat ke aku ni?”
            “ Teruk tak teruk sangat la…Tapi dah kategori tenat.” Shahrul menjengilkan matanya kepada Hyemi. Geram dirinya dikutuk. Hyemi hanya ketawa kecil melihat reaksi Shahrul. Seronok dapat menyakat Shahrul.
            “ Kau kalau mengutuk nombor satu.”
            “ Well… Tapi aku tak kutuk, aku cakap yang benar..” Hyemi tidak mahu berhenti mengacau Shahrul.
            “ Fine… kutuklah nak kutuk. Aku sedar siapa aku ni..” Rajuk Shahrul. Hyemi hanya ketawa. Macam budak-budak bila dah merajuk.
            “ Ala… merajuk pulak.” Hyemi menyapu-nyapu daun pokok manggis yang dipetiknya di muka Shahrul.
            “ Merajuklah.” Shahrul menjeling Hyemi. Sengaja mahu Hyemi memujuknya.
            “ Merajuklah aku tinggal kau kat sini.” Ugut Hyemi dan terus berjalan meninggalkan Shahrul. Membulat mata Shahrul melihat Hyemi. Bukan nak pujuk malah meninggalkannya pula. Nak tak nak terpaksalah dia mengejar. Dia bukan tahu sangat kampung ini.
“ Hyemi tunggulah!”








Bab 3
Air yang keluar dair pili air begitu jelas kedengaran hingga ke ruang tamu. Kalau dah kuat begini tentu Hyemi yang sedang menggunakannnya. Sudah banyak kali ditegur tapi tidak diendahkan Hyemi. Suka benar Hyemi dengan air. Katanya air sejuk dan dapat menenangkan dirinya. Puan Khalijah pun tidak mengerti tapi dibiarkan saja anaknya itu. Lagipun tak luak mana pun bil air kerana mereka berdua saja yang menghuni rumah itu. Hyemi pun tidak punya adik beradik lain. Anak tunggal. Kadang-kadang dia kasihan dengan Hyemi kerana sewaktu kecil dia hanya bermain sendirian tanpa teman. Pernah juga terlintas mengambil anak angkat tapi dia tidak mampu untuk menanggung. Pendapatan yang dia terima dulu hanya cukup untuk menanggung dirinya dan Hyemi. Perjalanan hidupnya tidak sesenang orang lain. Dia berkahwin sewaktu berumur 18 tahun. Itupun perkahwinannya tidak direstui keluarga kerana bekas suaminya tidak disukai. Tetapi kerana cinta dia bertekad untuk berkahwin juga dengan bekas suaminya dan akibat kedegilannya dia dibuang keluarga. Jadi Hyemi tidak pernah sekalipun mengenali nenek dan datuknya lebih-lebih lagi saudara maranya yang lain. Bukan itu saja , mungkin kerana perkahwinan yang tidak direstui itu ikatan perkahwinannya tidak berpanjangan. Hyemi hanya sempat merasai kasih sayang bapanya hingga dia berumur tiga tahun. Dia tahu Hyemi dahagakan kasih seorang bapa. Tapi apalah dayanya. Dia tidak mahu berkahwin lain kerana takut untuk merasai kekecewaan yang amat menyakitkan hati.
“ Mak cik.” Puan Khalijah tersedar dari khayalan apabila Shahrul menegurnya.
“ Shahrul… Duduklah.” Shahrul duduk di sebelah Puan Khalijah. Dia lihat ada air mata yang menghiasai pipi wanita itu.
“ Mak cik  nangis?” Soal Shahrul ingin tahu. Puan Khalijah menyentuh pipinya dan pantas menyapu air mata yang dia sendiri tidak sedar bila ianya mengalir keluar. Dia menoleh ke tempat lain tidak mahu Shahrul melihatnya.
“ Taklah. Habuk masuk mata mak cik tadi…” Jawab Puan Khalijah mengelak. Shahrul tahu wanita itu menangis tapi dia tidak mahu bertanya lanjut takut mengguris perasaannya.
“ Wah…angin malam kat kampung memang nyaman ye mak cik. Sejuk je. Kalau kat KL tak dapat nak rasa angin macam ni…” Shahrul menukar topik. Tapi sebenarnya dia mahu tahu apa yang difikirkan wanita di sebelahnya itu sehingga mengalirkan air mata.
“ A’ah..kat kampung memang macam ni. Kalau Shahrul suka duduklah sini lama-lama.” Pelawa Puan Khalijah dengan ceria mahu menyembunyikan perasaannya.
“ Saya nak duduk sini lama-lama tapi Hyemi tu bukan boleh tengok muka saya lama-lama sangat. Nanti bising mulut dia suruh saya balek. Baru dua hari ni pun dia dah sibuk tanya bila saya nak balik KL.” Lapor Shahrul. Hyemi sejak petang tadi asyik tanya bila dia mahu pulang. Katanya dah boring asyik melihat mukanya saja. Di UIA tengok dia kat kampung pun kena menghadap mukanya lagi.
“ Biar je. Dia tu memang macam tu. Mungkin dia dah biasa duduk rumah ni dengan mak cik berdua. Bila ada Shahrul dia rasa janggal.” Beritahu Puan Khalijah. Shahrul fikir mungkin ini masanya untuk dia mengenali dan mendalami kisah hidup Hyemi.
“ Betul juga kata mak cik tu. Dia pun tak da adik beradik lain kan. Saya jadi anak angkat mak cik boleh tak?” Shahrul tersengih.
“ Boleh je. Mak cik tak kisah.” Puan Khalijah menerima Shahrul tanpa berfikir panjang. Shahrul senyum senang.
“ Jadi mulai hari ni saya pun anak mak cik jugak. Saya kenalah panggil ibu.” Shahrul berkata dengan riang.
“ Boleh sangat-sangat Shahrul. Bolehlah Shahrul temankan Hyemi tu. Ibu kesian tengok dia sorang je takda abang, takda kakak.” Kata Puan Khalijah simpati dengan anaknya. Shahrul gembira kerana Puan Khalijah sudah menggelar dirinya ibu terhadap Shahrul.
“ Kenapa dulu ibu tak ambik anak angkat?” Soal Shahrul. Puan Khalijah hanya tersenyum memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberiakn kepada Shahrul.
“ Bukan ibu tak nak. Tapi dulu ibu tak mampu. Pendapatan ibu cukup-cukup untuk tanggung Hyemi. Ibu bukan berpendidikan tinggi pun. Susah nak dapat kerja. Ibu jaga kedai je.” Cerita Puan Khalijah. Shahrul mendengar dengan penuh perhatian.
“ Ibu tak nak kahwin lagi ke? Ibu pun cantik lagi ni.” Shahrul separuh berguarau supaya Puan Khalijah tidak dapat menghidu niat sebenarnya. Senyuman terukir di bibir Puan Khalijah. Sedikit sebanyak soalan Shahrul itu membuatnya sedih. Tapi dia tidak mahu Shahrul melihatnya bersedih lalu dia mengukir senyuman untuk menyembunyikannya. Dia menarik nafas dalam.
“ Jadi janda bukan senang Shahrul. Macam-macam orang cakap pasal ibu. Banyak kali ibu pindah tempat tinggal.Tak semua orang boleh terima ibu denagn Hyemi. Syukurlah ibu dapat tinggal kat kampung ni. Orang-orang kat sini boleh terima kami dengan baik. Tapi kalau nak kahwin dengan ibu memang takda. Ibu pun tak nak kahwin lagi. Cukuplah kahwin sekali.”  Puan Khalijah menahan air mata dari tumpah mengingati peristiwa dulu. Shahrul perasan ada air mata yang bergenang di mat ibu angkatnya itu. Perasaan bersalah bersarang di hatinya.
“ Saya minta maaf kalau buat ibu sedih.”
“ Takda yang nak dimaafkan Shahrul. Ibu tak kisah. Lagipun Shahrul berhak tahu sebab Shahrul kan dah jadi sebahagian keluarga ni.”
“ Apa?” Hyemi menerpa keluar ke balkoni apabila mendengar ibunya berkata Shahrul adalah sebahagian dari keluarga mereka. Shahrul dan Puan Khalijah serta merta menoleh ke arah Hyemi. Terkejutnya bukan kepalang.
“ Kenapa pulak dia sebahagian keluarga kita?” Hyemi menarik muncung. Tidak puas hati.
“ Shahrul ni dah jadi anak angkat ibu.” Beritahu Puan Khalijah. Ternganga Hyemi dibuatnya. Kelu lidahnya. Shahrul hanya senyum panjang.
“ Ibu….”

Hyemi duduk di tepi jalan sambil tangannya bermain-main dengan ranting-ranting pokok yang gugur ke tanah. Dia masih tidak puas dengan perkara semalam. Dia tidak kisah jika ibunya ingin mengambil anak angkat. Cuma mengapa Shahrul? Kalau masih kecil dia tidak kisah kerana masih boleh di manja-manja. Lagipun dia memang ingin punya adik lagi. Tapi semua itu mungkin hanya mimpi. Dia bukan punya ayah seperti orang lain. Hal ini membuatnya sedih dan terasing. Lebih-lebih lagi masa dia kecil. Ramai yang mengejeknya kerana tidak punya ayah. Ada yang kata dia anak luar nikah dan itu membuatnya tidak mahu sekolah lagi. Tapi ibu selalu memberi kekuatan. Ibu kata biar apa yang orang mahu kata biarkan saja. Selagi kita tahu kebenarannya pekakkan saja. Sampai sekarang dia masih berpegang pada kata-kata itu. Biarpun tiada bapa bukan dia tidak boleh hidup. Ibu masih ada di sisinya. Tapi dia masih sayang pada ayahnya. Kalau boleh dia mahu bertemu dengan ayahnya lagi dan bersatu kembali sebagai satu keluarga. Kadang-kadang dia mahu sampaikan niatnya pada ibu tapi dia takut ibu akan marah. Sehingga sekarang dia tidak tahu apa yang menyebabkan ibu bapanya berpisah. Waktu itu dia masih terlalu kecil. Apalah yang dia tahu kalau orang dewasa bergaduh. Tahu-tahu saja ayah dah tiada di rumah lagi. Ibu kata ayah kerja jauh kalau setiap malam dia menangis mencari ayahnya. Kadang-kadang ibu menangis bila dia tidak berhenti memnaggil ayahnya. Pernah sekali dia demam kerana terlalu rindu pada ayah. Tapi bila masa berlalu hingga sekarang Hyemi sudah dapat menerima semunya. Mungkin ada hikmahnya di sebalik setiap kejadian. Sebagai hamba-Nya Hyemi perlu menerima dengan redha. Perihal Shahrul adalah sesuatu yang amat sukar untuk di terima. Mana boleh dia jadi adik beradik angkatnya. Dah besar panjang pun. Tak boleh nak di manja dan di sayang-sayang. Hyemi mengetap bibir geram dengan Shahrul. Dia membaling-baling ranting-ranting di depannya.
“ Marah aku ke?” Shahrul duduk di sebelah Hyemi. Nampak sangat dia tengah marah kerana jelingannya maut. Hyemi membisu saja. Tidak ada mood ingin berbual dengan Shahrul. Perasaan marahnya belum reda lagi. Melihatkan reaksi Hyemi itu Shahrul sudah mendapat jawapannya.
“ Aku mintak maaf kalau kau marah pasal malam tadi.” Shahrul memohon maaf. Walaupun dia tahu maaf saja tidak cukup untuk meredakan marah Hyemi. Hyemi kalau dah marah bukan senang di pujuk. Tapi dia tidak ada niat pun nak membuat Hyemi marah.
“ Janganlah macam ni. Cuba cakap kat aku kenapa kau marah kau jadi anak angkat ibu?” Tanya Shahrul ingin tahu kenapa Hyemi marah sangat. Hyemi melepaskan nafas berat. Dia bukan marah ibunya punya anak angkat tapi dia nak budak kecil bukan budak beasr panjang lagi-lagi Shahrul.
“ Aku tak kisah ibu kau nak ambik anak angkat. Aku pun kalau boleh nak ada adik angkat.” Akhirnya Hyemi membuka mulut.
“Habis tu kenapa marah?”
“ Yelah aku nak adik yang kecik. Bukan beso macam kau nie.” Hyemi meluahkan perasaannya. Shahrul tertawa mendengar jawapan Hyemi. Itu saja sebabnya. Ingatkan apalah yang membuatnya marah sangat.
“ Kau ni betullah. Ingatkan kau marah sebab apa.” Ketawa Shahrul masih belum berhenti. Baginya alasan Hyemi itu cukup melucukan. Hyemi memandang Shahrul pelik. Macam dah kena rasuk saja gayanya.
“Asal kau gelak pulak?”   
“ Kakak… jomlah main dengan adik….” Gurau Shahrul dengan mimik muka seperti anak kecil begitu juga suaranya. Bulat mata Hyemi melihat gelagat Shahrul. Dan beberapa saat selepas itu pecah gelak Hyemi.
“ Senget la kau ni…” Kata Hyemi dengan tawanya yang belum berhenti. Shahrul memang pandai mengambil hatinya.
“ Kata tadi nak adik yang kecik…” Shahrul juga tertawa dengan jenakanya sendiri. Nampaknya marah Hyemi sudah hilang. Nasib baik lawaknya menjadi.
“ Dahlah aku nak masuk. Panas kat luar ni.” Setelh menghabiskan sisa tawanya dia bangun untuk masuk ke rumah.
“ Kau dah tak marah kan?” Duga Shahrul.
“ Tak…” Hyemi menoleh ke arah jalan raya. Dan tiba-tiba sahaja ada air yang tercampak entah dari mana tepat ke mukanya. Hyemi terkaku. Shahrul yang masih ketawa tadi terdiam dan ternganga. Semuanya berlaku sekelip mata. Hyemi tak tahu nak buat apa.
“ Are u okay? I’m sorry..” Sebaik meminta maaf pemuda yang membawa kereta dan telah memandikan Hyemi dengan air mahu beredar tapi pantas Shahrul menghalang. Sepertinya dia yang marah dan bukan Hyemi.
“ Can you be more responsible? Can’t you see what have you done?” Marah Shahrul. Sikap lelaki itu benar-benar menyakitkan hatinya. Langsung tak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya. Selamba saja mahu beredar. Minta maaf pun macam tak ikhlas. Hyemi mahu menangis tapi ditahan.
“ I don’t think this is a big problem.” Tanpa rasa bersalah lelaki itu mengucapkannya. Shahrul yang mendengarnya pun rasa marah meluap-luap apatah lagi Hyemi. Memang tak boleh tahan. Hyemi menyuruh Shahrul ke tepi.
“ Boleh tak awak keluar kejap?” Hyemi senyum semasa mengucapknnya. Shahrul tahu pasti ada sesuatu yang mahu dilakukan Hyemi. Dia senyum.
“ But I have to hurry. I don’t have much time.” Hyemi menahan geram dan terus senyum dengan manis mendengar kata-kata lelaki di depannya itu.
“ It will not take your time much.” Melihat wajah Hyemi yang tersenyum panjang walaupun telah dibasahi air milo basi, lelaki itu pun turun. Hyemi senyum dan tanpa buang masa Hyemi terus menendang kaki lelaki sombong di depannya itu.
“ I told you this will not waste your time.” Kata Hyemi sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu yang membongkok kesakitan. Shahrul ketawa menyindiar dan mendekati lelaki itu.
“ Don’t underestimate her and next time behave yourself.” Shahrul menepuk-nepuk bahu lelaki itu dan terus pergi masuk ke dalam rumah. Ketika dia masuk sempat dia melihat lelaki itu yang masih menggosok-gosok kakinya. Dia pun tak sangka yang Hyemi akan melakukan hal itu kepada lelaki yang mereka tidak kenali. Tidak lama selepas itu lelaki itu beredar dengan hati yang sebal.
“ Dia dah pergi ke?” Soal Hyemi yang baru keluar dari biliknya dengan baju dan tuala di tangan.
“ Dah” Hyemi senyum puas hati dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya. Bau milo basi itu sungguh busuk. Tapi dia puas sebab dapat balas balek apa yang lelaki  sombong itu telah buat kepadanya.
“ Ingat aku perempuan dia boleh buat apa yang dia suka. Padan muka.” Bebel Hyemi sendirian di dalam bilik air.

No comments:

Post a Comment